»
asshaari.blogspot.com

29 Mar 2012

Al-Fatihah kepada Raja Datuk Seri Ashman Shah

Salam...

Datuk Seri Ashman Shah adalah anakanda kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Baginda yang berusia 54 tahun meninggalkan seorang isteri, Datuk Seri Noraini Jane Ariffin, seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia. Beliau meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi, 30/3/2012. Takziah kepada keluarga baginda. Semoga beliau ditempatkan di antara orang2 yang beriman...Amin...



p/s: Teman terpanggil untuk masukkan dalam blog ini sebab teman oghang parit,Perak.So, rasa terkejut jugaklah. Sebab beliau pernah merasmikan surau kat kampung teman.Setiap yang hidup itu pasti akan mati kan..so moga kita sentiasa beringat2lah...

KLCC terbakar???

Terkedu aku baca paper hari ni, ingatkan betul2 KLCC terbakar macam WTC yang berlaku pada september 2001 tu. Rupa2nya kebakaran pada sistem saluran asap di Restoran Chinoz on the Park. 

Kejadian tu berlaku pada pukul 5.30. Kalau betul2 berlaku macam di WTC tu, nampaknya negara kita mengalami masalah.....kena bersiap sedia. Kena pasang perisai kat bdn lah lepas ni...Tapi, alhamdulillah, dan kita doa2 lah supaya negara kita sentiasa aman dan sentosa...amin..

Saksikan gambar2 semasa kejadian. Kredit to Media Malaya..










27 Mar 2012

Super Awesome!! Japanese Tron Dance

Memang sgt2 awesome dan kreatif!!!! Speechless... Jom saksikan video yang menarik ini...Kalau tengah2 tension bnyak kerja tu, elok sgtlah tonton video ini...Mari saksikan ^_^




Haiwan Ternakan Tunduk apabila Dengar Bismillah

Salam semuanya...
Aku sebenarnya tertarik dengan video ini. Betapa besar dan agungnya kuasa Allah. Kita sebagai manusia pun malu bila tengok binatang yang kelihatan pasrah bila dengar kalimah Allah dr penyembelihnya. Betapa patuhnya mereka pada Tuhan.


Ummat ISLAM ketika menyembelih haiwan mereka wajib menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:



فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)
Dan Firman Allah lagi : 
وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)
Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM juga mengajar agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan haiwan yang mahu disembelih. Malah kita diminta berlaku lembut dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.
Semoga kita mendapat hidayah Dari-Nya...amin ya rabbal alamin...





26 Mar 2012

So Sweet!! Video Awal melamar Scha..LIVE

Salam saudara saudari cikebom cikebom...

Bila tengok video lamaran Awal pada Scha, mmg nampak sweet sangat. Bukan mudah lelaki nak wish live macam tu. Tapi adakah ini propaganza atau realiti. Tapi biasalah ada yang suka ada yang tak suka, terlalu melebih2 dan over exciting. Tapi biaq pi depa lah...janji bahagia..iyer dok... jom tengok aksi mereka.... ^_^



p/s: Apa2 pun harap mereka bahagia hingga hujung nyawa!!!

25 Mar 2012

Koleksi Mainan Qarnain

Salam...


Tiba2 aku menulis hari Ahad ni, bukannya apa, sementara menunggu nasi masak, aku menaip sekejap. Lagipun lauk dah masak, tapi terlupa nak tekan api nasi...sian Qistina tak mkn lagi, jam dah pukul 3. -- apa punya mama lah mcm ni....

Hari ini aku cuma nak meng-update (hahahha...malay n english digabungkan jd meng-update) koleksi mainan anak teruna aku iaitu Qarnain (budak yg nakal ni). Anak aku ni minat sangat dgn model2 kereta dan motor.Pagi, petang, siang, malam dgn kereta mainannya. Tidur pun dengan kereta. Tak apalah anak mama, janji anak mama happy ^_^.

 Inilah koleksi mainan dia. Sebenarnya banyak lagi, ada yang dah hilang, dah rosak dan tertinggal rumah babysitter dia.Banyak KAN......

23 Mar 2012

SAWADEE lagi!!!

Salam semua...

Pada hari ini *** 23/03/2012*** aku bersama Ida (pemilik blog http://irhany-sweethaven.blogspot.com/ ) keluar makan. --bunyi macam serem jer kan-- biasalah hari Jumaat kan rehat lama. Peluang ni  aku gunalah untuk makan kat tempat jauh sikit. Tapi x derlah jauh sgt, area Giant jugak.

Sebelum ini aku ada update makan2 kat Sawadee. Kali ni pun tempat yang sama, cuma menu jer bertukar. Ingat nak cubalah menu lain2 setiap kali pi sana. Ok...kalau nak tahu menu apa kali ni. silalah jenguk kat bawah yer..... 

Air Apple Assam Boi -- yummy

Air Bandung Cincau -- mmg sedap bak kata Ida...


Nasi Sawadee bersama Ayam -- sambalnya sedap


Nasi Goreng Ayam Pandan -- Ayam pandan ni mmg sedap,mcm ketupat pulak


Ha.... inilah ayam pandan - setelah dibuka ikatan daunnya...nice kan...


Sekian dulu coretan untuk hari ini yer..... Terima kasih kerana sudi membaca!!!!

p/s : dapat apa2 present tak..yerlah asyik puji kedai depa ja...hehehhehe




22 Mar 2012

Ramainya Gadis Melayu Hilang!

Salam semua...

Kalau ikut statistik tersebut - dipetik dr Berita Minggu - kadar jumlah remaja perempuan Melayu yang hilang ramai sangat. Semuanya muda remaja lagi. Faktor???? banyak faktor sebenarnya...lari dari rumah, lari ikut boypren....saja suka2 lari (sbb zaman sekolah dulu olahragawati), bosan dengar mak bapak membebel dan mungkin juga masalah family.

Dalam hal ni sapa yang perlu disalahkan..tp biasanya masyarakat akan salahkan ibu bapa. Tak boleh nak salahkan ibu bapa juga, salahkan remaja itu sendiri sebab tak pandai nak kontrol nafsu mereka. Tapi sebagai masyarakat yang prihatin ..chewah... kita kena ambil ikhtibarlah di atas apa yang berlaku dan kita perlu berhati2 supaya tidak berlaku dalam family kita juga ...aminnn..

Dan lagi satu, aku ingat nak buat kempen "Busy Body".  Supaya kita jgn asyik jd katak bawah tempurung jer, ambil tahu juga pasal jiran tetangga dan anak2 mereka. Dan kalau mereka ada masalah kita boleh tolong.


p/s : Bak kata org tua2, "nak jaga lembu sekandang lebih mudah dr jaga anak dara seorang "


21 Mar 2012

Indonesia tarik balik satu amah satu tugas

Assalamualaikum dan selamat pagi warga Internet.... 

Pagi2 lagi aku dah menulis blog, bukannya apa, sebab terbaca satu paper hari ini mengenai ketidakpuashatian rakyat Malaysia terhadap perjanjian baru antara kerajaan Malaysia dan Indonesia. Adaker patut ' satu amah satu tugas ' , gaji pulak tu RM 700. Kalau disuruh buat kerja lain, bayaran lain. Kalau macam tu, baby sitter yang menjaga anak2 kita pun, kena bayar RM700 jugak lah...mampussss ^_^.

Tapi sekarang kita tak perlu risau lagi, sbb kerajaan Indonesia dah tarik balik perjanjian tersebut. Amah Indonesia akan melakukan tugas seperti biasa seperti mengurus rumah, menjaga bayi, memasak, menjaga orang tua dan sebagainya. Gaji pulak ikut pada majikan. Alhamdulillah.....wah!! aku pulak yang terover happy...

Lepas ini rakyat Malaysia boleh senyum sampai ketelinga lah...macam telinga Nabil....Ok, sekian dulu, sebab nanti org ingat aku buat apa pagi2 ni, bunyi macam busy jer, padahal depa tak tau aku tengah berblogger...kih3x

20 Mar 2012

Dara.com-Edisi April 2012

Salam semua...

Dara.com

Actually, this is first time aku beli majalah Dara.com. B4 this pernah nmpk kat kedai2, tapi Mak Jemah rasa macam tak sesuai lah pulak....tapi sebenarnya banyak jugak info dalam ni.

 Tapi tujuan utama beli sebenarnya  sebab ada macam2 fesyen gaya tudung...maklumlah Mak Jemah nak cuba pelbagai gaya, nak rasa mude sikit...hehehhehehehe....maklumlah umur semakin meningkat, so kita kenalah jaga penampilan juga. Lagipun yang ini Edisi bumper, so macam2 ada.

Fesyen2 terkini pun ada. Bila tengok model2 ni pakai kan,cantik sgttttt....Ada yang pakai blouse dengan palazzo, ada yang pakai mini dress dengan cardigan labuh....haaa....yang dlm gambar ni fesyen polka dot.....dia kata sesuai untuk remaja,yang macam Mak Jemah ni x sesuai ker...adoyaiiii....

Ha...inilah yang aku cakap td, ada macam2 gaya tudung, tapi aku tangkap gambar yang ini ajer, kalau nak lebih kenalah beli, nak pinjam dr Mak Jemah pun boleh....







Ini satu lagi gambar yang aku tangkap..model ni glamer gak... slalu gak masuk majalah yer...follow jugak dia punya fb, sbb dia jual tudung. Banyak jugak tudung yang cantik2, tapi kdg2 tu terlepas nak beli, maklumlah kalau hujung2 bulan, duit paras hidung jer...

P/S : So...dapatkanlah majalah ini sebelum habis ( wah!!! promote, manalah tau kut2 dpt hadiah misteri...hehehehe-konpem x der). Sekian dulu....

19 Mar 2012

Bila pindah tempat baru

" Bila pindah tempat baru" ayat ni lah yg paling aku takut sebenarnya. Macam2 benda yang kena fikir...(tengah bayang kat atas kepala mcm kartun2 tu) kawan2 best ker, opis best ker, makan mcm mana, nak bersosial mcm mana ( apa darr..masa kerja pun nk bersosial ker..).

Tapi apa nak buat...redho aje ler. Lepas ni kena control ayu sikitlah...(walaupun x berapa nak ayu-sbb nama pun bukan ayu). Tak taulah boleh bertahan sampai bila keayuan ku ini.....

Member2 pun kutuk kaw2..tak pa...kemurungan ku ini takkan lama....sabar Mak Jemah...
Tiba2 terjumpa gambar ni...apa motip.... Lu pikirlah sendiri... 

|
|
|
|
|
|
|
|

 





p/s : macam nak nyanyi lagu Dipenjara Janji....

17 Mar 2012

Jiwang Karat

Salam... Bila dengar perkataan "Jiwang Karat" rasa mcm geli pun ada.Padahal masa zaman sekolah dulu,tahun 80-an,lagu2 jiwang karat ni mmg menjadi lagu kegemaran aku. Antara lagu2 yang aku tahu   --tp sebenarnya banyakkkkk sangat-- Umpama mimpi dlm mimpi,penantian,patahnya sayap malam...uishhhh..mcm2 lagi ada,kalau nak list down kat sini jwbnya penuh satu muka surat. 

 Korang mesti pelik, tetiba jer aku menulis pasal jiwang karat ni,sebenarnya aku tengah layan crita "Warkah Cinta dr Mat Rock"  tengah tayang kat tv3 skrg ni. Bukannya sebab apa wokey...hubby I bukannya mat jiwang pun. Tp lagu2 dlm drama ni semua lagu lama,ter touching lah sikit....Tp dulu aku memang suka berkaraoke lagu2 ni.

 Frankly speaking...lagu2 ni memang ter over mendayu,tp best. Kalau radio2 kat Malaysia ni always putarkan lagu2 ni,mesti ramai yg ter touching like me..huh.. Masa aku tengah menaip ni,tetiba dengar lagu dr 'Febians-Untukmu Sayang'.Wah...terus men-download. So..sini aku masukkan sekali video clipnya....



Restoran Ayam Kampung

Salam...

Ha.... kai ini nak update pasal makan2 kat Restoran Ayam Kampung di Nilai, tapi ala2 masakan Jawa.Saja2 lah nak cuba.Sebelum ini dah cuba Sawadee dan Noodles.Tapi agak menghampakan jugaklah,coz rasa dia biasa2 saja...

Walaupun rasa makanannya kurang,but I got a good news from one of my 'BFF'.Ha... tapi x bolehlah bagitahu...this is secret between us.. > mcm gedikz jer u olss kan...so kalau nak tengok apa menu dia sila tekan butang merah yer...hehehehehe


Yang ini namanya air sirap cicah tembikai...YER....


Air Longan...nampak sedap kan... kering plak tekak ni


Yang ini set kombo -- ada Ayam Ungkep, sup sayur dan nasi putih beserta tempe.


Inilah "AYAM UNGKEP" pelik bebeno bunyinyer....


Yang ini set juga, set Nasi Putih dan sotong sweet sour...emmmmmmmm


Thumbs up to me....bukan makanannya wokey...


Amboi.... sedapnyer makan 2 org mak dara ni...


Ha...sblm balik sempat berposing kat gazebo dlm kedai tu..terasa nak tidur
jer kat situ,siap ada bear lagi...

Kalau makan kat area Giant jer, mesti singgah dulu kat Giant,aku nak cari buku untuk Qarnain...asyik2 baca buku yang sama jer, aku pun naik bosan. Buku tu kalau boleh bercakap, dia akan cakap bunyi cina sikitlah "Sudahlah baca akunya adoyai nyer pun ter ber"....hahahha, suka betul aku dengan lawak jozan...mmg terbaeklah...kdg2 terikut2 dgn cakap dia orang...gtg...ADIOS

11 Mar 2012

Nasi kandar Ampang dan KLCC

Assalamualaikum....

Cuti sekolah dah bermula kan,anak2 pun masing2 sibuklah ngajak balik kampung,kalau yang tak dpt balik kampung tu,mungkin bawa anak2 bercuti atau jalan2.

Pada kali ini aku ingat nak pergi Petrosains,sbb pergi sekali dulu tak dpt masuk "NO ENTRY" tp pergi kali ini pun sama..ticket "SOLD OUT".Sakit hati jugak, tp nak buat camna, lambat sampai,lain kali kena pi sebelum subuh la..kalau nak solat subuh pi lah Masjid kat KLCC tu...

Last2 aku dan family aku pergi Kedai Buku yang fofular kat KLCC tu..namanya "KINOKUNIYA". Lepas tu aku pergi rumah Kakak aku di Apartment Puteri Permai.



Qistina sedang membelek buku, x taulah dia nak beli buku apa,suka dia lah, janji dia membaca sudaaa....Generated by Expresso


Sweet jer kan dua beradik ni membelek buku kat atas tangga tu, yang menariknya kedai buku ini,ada tingkat atas, means ada 2 tingkat.


Sorang tengah membelek buku dan sorang lagi tengah minum susu.

Lepas aku dan family aku habis membelek buku di kedai buku tu, kami pun terus keluar sbb nak pergi rumah kakak aku.Dekat situ jugaklah.Puas kami mencari,siap guna GPS lagi, last2 baru jumpa apartment tu, payah bebeno area Kay el ni...


Qarnain bersama adik sepupunya Hakim....

Malam tu kami makan di Kedai Nasi Kandar Mamak.... Menarik gak tempat tu, mcm food court.Sebelah nya Petronas Petrol pam.Patutlah harga mahal,konsep kat situ ala2 hollywood...boleh gak dipanggil ala2 bollywood sebab ada kedai mamak kat situ....


Ini lah kedai mamak yg harga mahal tu. Sebenarnya banyak lagi kedai kat situ, ada Subway, MC Donald dan mcm2 lagi, tp ini jer aku snap..hehehe, lupa nak snap yg lain.




Ini lee chee kang..


Roti Naan bersama ayam tandori..harganya RM11.00


Ini bihun goreng bersama telur.Harganya RM6.50


Kenyang sudaaaa.....


Ini aku, bersama kakak aku dan anaknya....

Habis makan, terus balik..nasib baik esok cuti.Qarnain pun tersangatlah kepenatan,masuk kereta jer terus tidur...sian anak mama,tak cukup rehat.

Sekian...ADIOS

3 Mar 2012

Corat-coret di Majlis Hari jadi Inas & Ein

Assalamualaikum semua....

Kali ini nak cerita sikit tentang Majlis Hari Jadi adik ipar N.Zafinas dan anak sedara N.Salihin. Kalau ikutkan hari jadi Inas 29/2 tahun lompat dan Ein 16/03. Kiranya pilih tarikh tengah2 lah,so dua2 puas hati. Majlis ni berlangsung selepas Solat Isyak. Biasanya tunggu khariah surau dulu,sebab ada bacaan Yassin dan selawat.

Nasib baik aku dan family aku sampai sebelum maghrib,kalau ikutkan agak lewat jugak,maklumlah kenduri keluarga sendiri. Sepatutnya aku tolong,tetapi aku pun dtg lewat,sbb hari tu sekolah ganti,pastu Hubby aku pulak ada hal siang tu,jd terpaksalah dtg lewat,Harap2 K.Aisyah tak kecil hatilah. Bab nak buat kenduri ni mmg best,tapi kalau tak ada orang tolong,mmg sakit sikit,especially tuan rumah lah.Mak mertua aku cakap,dr pagi K.Aisyah kehulu kehilir,ambik itulah, ambik inilah...lagipun depa sebab masak sendiri dan dibantu kaum wanita di situ lah. Kalau buat sorang,mmg mampus.

Konsep majlis ini lain drpd yang lain..ha...nape aku ckp mcm tu...sebab ada cabutan bertuah.Tapi Qistina x bertuah malam tu...x dpt apa.Takperlah Qis...Walaupun malam tu hujan, tp majlis tetap meriah.Yang bestnya budak2lah...dah lah dapat goodie bag,dpt cabutan bertuah lagi...pergghhhh...!!! Ha...di bwh ni aku masukkan gambar besday gegirl dan besday boy....













Itu saja corat-coret aku hr ini,penat tak hilang lagi sebab sampai rumah pukul 1 lebih, pas tu tidur plak dekat pukul 3...x kisahlah kan...ahad cuti...yeahhhh!!!!

2 Mar 2012

Menjamu selera di Sawaddee

Hari ini aku dan kwn2 aku aka BFF aku makan di Sawaddee....Masalahnya minggu lepas dah pergi, tp Rose ajak mkn kat sana,so pergi jerlah.Mungkin ada tarikan yg tersendirilah di sana....Kalau ada kawan2 yang nak cuba mkn kat restoran Sawaddee tu cubalah...mana tau kut2 menepati selera anda... ^_^ Kali ini aku nak upload jugak gambar sebab ada tambahan seorang lagi BFF...hehehehe...

Kali ini menu berubah,antaranya Mee Kungfu,Mee Sawaddee,Nasik Kerabu dan Tom yam Kung....Nampak sedapkan..yummy!!!!
Ha.....inilah BFF extra aku...Karen Liew...yang lain tu Cik Rose dan Ida.. sedap kan nmpk depa mkn,sampai tak pandang depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...