»
asshaari.blogspot.com

1 Apr 2012

Euro Fun Fair 2012

Malam minggu baru2 ni aku bawaklah anak2 aku pergi Euro Fun Fair di Tesco Nilai. Nampak macam bestlah sebab ada "Euro Wheel", "Sky Rider","Chalenger" dan macam2 lagi. Tempat2 macam ni yang paling seronok dan happy of courselah anak2 kan. Mak bapak tukang tengok jer lah. 


Nak masuk dah kena bayar, nak main satu2 permainan pun kena bayar, tapi pakai kuponlah. Memang pokai jugaklah masuk fun fair ni, mahal bebeno. Nak masuk, dewasa RM4, kanak2 RM2. Lepas tu setiap permainan paling busuk pun 3 kupon, 1 kupon RM2,jadi kalau 3 kupon sah2 RM6, takke mahai namanya. Tapi apa nak buat.... pasrah jerlah, demi anak2 happy... (ayat klisye..heheheh). 

Bukan jer anak2 aku main, aku pun main sekali tau...tapi aku naik 'Sky Rider'. Bila turun jer dari tempat tu, kepala aku rasa berpusing, nak muntah pun ada. Dah tak sesuai agaknya aku nak main tempat2 macam ni...(yelah, mak jemah sedar diri dah meningkat usia...huwaaaa.....)


Macam kanak2 ribena jer aku duduk atas ni...Inilah Sky Rider...rasa melayang jer bdn...


Qarnain biasalah, balik2 dia main kereta, minat bebeno anak mama ni dengan kereta. 2 kali dia ulang main kereta tu. Dan lagi satu dia suka naik 'Carousel'. Qistina pulak main permainan yang sesuai dengan umur dia lah, nak naik Sky Rider aku tak bagi, takut dia menangis pula. Tapi yang aku gelihati, Qistina boleh menangis main 'Dodgem Cars'. Mana taknya, kena langgar dengan orang, pastu kepala dia terhantuk pada seat, itu yang menangis tu. Last2 kami balik sebab dah hampir pukul 12 malam. 

Lagi beberapa keping gambar semasa berada di sana.... Tapi mmg bestlah, rugi tak pergi!!!!






P/S: Jangan lupa kepada sesiapa yang duduk area Nilai dan Sepang, bawak duit lebih2, kalau sikit sangat takut x cukup. ENJOY!!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...