»
asshaari.blogspot.com

23 Sept 2012

Moon Couture Skirt Giveaway

Assalamualaikum dan Hi!!!!

Kalau sebut tentang fashion semua wanita di dunia amat teruja, termasuklah saya. Di zaman IT dan global ini banyak individu2 yang menjual produk mereka secara "online" termasuklah  
'Moon Couture' yang produce jenama mereka sendiri. Shopping di Moon Couture segalanya "cute & adorable". 

Kepada "shopaholic"...jom sertai Moon Couture Skirt Giveaway untuk dapatkan SKIRT FREE. Bukan itu sahaja, anda berpeluang memenangi wang tunai RM100..wow!!! Cepat sebelum terlambat kerana hanya 3-5 pemenang sahaja akan dipilih. 


Macammana??? Cantik bukan Flare Maxi Skirt keluaran Moon Couture. Anda boleh padan dan gayakan mengikut kreativiti anda seperti model. Apa yang penting cantik dan sangat selesa. Bukan sahaja skirt, tetapi terdapat pelbagai jenis pakaian, tudung, baju kurung dan macam2 lagilah....mmg x cukup ruang untuk ditulis disini. Harga pun berpatutan.... remaja, dewasa...semua boleh mendapatkannya. 




Apa lagi.....sentiasa dapatkan " latest fashion in women clothing" di  www.mooncoutures.com  dan alamat facebook  www.facebook.com/Bawalchantique 

3 perkataan yang boleh saya gambarkan "Fashionable, Elegant and Stylista".

Apa tunggu lagi.... Giveaway akan berakhir pada 30hb September 2012 dan pemenangnya akan diumumkan pada 6hb Oktober 2012. Cepat klik link di atas untuk menjadi salah seorang pemenangnya dan saya berharap saya adalah salah seorang daripadanya.

Sekian...terima kasih!!!!


11 Sept 2012

Pemergian Blogger Remaja - Alfatihah

Assalamualaikum dan selamat pagi (mcm cikgu sekolah pulak).

Pagi2 lagi saya dah berblogger, maklumlah sejak berkecimpung dlm bidang ni, ada cerita baru saja, saya akan menaip. Nak susun ayat cantik2 bukannya pandai sangat pun. Walaupun dulu kelas sastera, tapi x pandai sangatlah nak buat ayat bagus2 macam penulis2 novel kat mesia ni. 

Sebenarnya, bukan nak citer pasal pagi ker, pasal kelas sastera ker atau pasal novel. Tapi nak cerita pasal blogger remaja yang neninggal baru2 ni. Semalam saya bukak satu web, dan terbacalah berita tentang kematian remaja tersebut (maklumlah, dia pun blogger), menyibuklah sikit2. 

Antara petikannya: 

"Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwick atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.
Al-Fatihah buat Yasmin.
Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.
Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah.
Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram.
Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com, walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi ‘trending’ topik di Twitter.
Sejurus mendapat berita mengenai ketiadaan arwah, ramai rakyat Malaysia yang tak putus-putus menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya.
Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:
“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012.
Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain.
Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi.
We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud.
Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.
Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus.
Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya.
Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan.
Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah."
Begitulah kisah arwah, semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin...
carian: terima kasih mynewshub 

10 Sept 2012

Teaser Raya Again

Assalamualaikum....

Mesti rasa pelik kan. Hari tu pasal Raya. Kali ni pun pasal raya gak. Ha... entry hari tu di rumah ibu mertua. Kali ni di kampung tempat aku dibesarkan. Walaupun hari raya ke 3 baru balik kampung, tapi tetap jugak nak masukkan dalam blog. Sebab ada permintaan dari sahabat lama supaya masukkan gambar family saya. 

Tak mo lah cerita panjang, tengok jerlah gambar yer...

Ini gambar family Abang yang sulung (org panggil yeop - kerja di Manjung sebagai Kontraktor) bersama mak n abah tercinta. Ada 8 orang anak (mana lagi sorang ni, kenapa x cukup...ish..ish...)

Ini gambar kakak yang no 2 - panggilan Kak Dibo, kerja sebagai Juruukur Perunding di Puchong

Ini gambar family abang yang no 3 - dulu dia kerja dengan Navy, tapi after dia accident jatuh parachute, so dia bersara lebih awal. Kalau dia tak bersara awal tentu dah jadi kapten, now bisness sendiri.

Ini family kakak yang no 4 - suami isteri mengajar di Pahang, dan yang paling ramai anak,  7 orang semuanya, tp x cukup jugak dlm gambar ni...ish...


Ini kakak no 6, cikgu jugak - ada 3 orang anak (mana plak anak2nya..ish..ish...)
Kakak no 5 beraya rumah mak mertuanya di Seremban.


Antara wajah2 anak2 sedara - kalau 7 family balik sekali, mmg gawat rumah kat kampung, tapi seronok dapat berkumpul adik beradik - insyaallah next year akan jumpa semua.



Berhari raya di rumah Mak Su di Telok Bakong


Berhari raya di rumah sahabat lama Abah masa Abah mengajar di Pantai Remis, bayangkan berapa tahun x jumpa, berpuluh2 tahun. Seronok bila berjumpa sahabat lama, pastu masing2 dah tua.... tapi pakcik tu tak habis2 puji Abah, masih handsome ( hahaha...Abah mmg handsome waktu muda... mcm Aaaron Aziz...hehehehe...)


Tempat ni wajib pergi kalau balik kampung iaitu Sungai Perak - depan rumah jer. 

Ini saja entry kali ini. Next Raya (tahun depanlah) saya upload lagi gambar2. Insyaallah.....


3 Sept 2012

Riang Ria Raya 2012 - Entry bergambar

Assalamualaikum...

Selamat pagi kepada readers yang sudi mencoye-coye blog teman ni (bak kata org perak). Dah 2 minggu lebih kita raya kan. Kalau saya budak tecik mesti best time2 raya ni, yerlah, dapat kutip duit raya. Pastu duit tu bukan masuk tabung...dok perabih macam tu ja. 

Zaman la ni... kadang2 mak bapak yang lebih2 suruh anak2 pi kutip duit raya (saya adalah sikit2). Kalau mak bapak dah bg greenlight, budak2 apa lagi, kayuh basikal ataupun jalan kaki terkedek2 pi rumah orang. Bukannya nak makan sangat pun, janji dapat duit raya sudaaa....Ada setengah budak2 ni siap sound..bunyinyer macam ni.."rumah besar bagi 50 sen jer"...hehehheehe... takker kelakar budak2 zaman sekarang, demand tak ingat. Tapi...budak2lah katakan.

Kali ini turn saya beraya di Taiping. So, entry kali ini adalah beraya di Rumah Ibu Mertuaku. 


Ini adalah anak dara saya - Norul Qistina. Mamanya suka pakai shawl, dia pun sibuk nak pakai shawl juga. Ikutkan ajerlah...Bersiap2 sebelum ke surau untuk solat Hari Raya... tapi x pergi pun


Gambar di atas tu adalah bekas kuih raya yang di decorate oleh Ibu mertua ku. Beliau sangat kreatif dan pandai menjahit. Gambar di bawah pula selepas habis solat raya, biasanya setiap tahun ada jamuan, so terpaksalah pergi juga sebab dekat dengan rumah...depan rumah jer pun


Anak dara dan anak teruna ku - Norul Qarnain. Si kecik tu kalau bergambar suka buat memek muka...sabar jerlah.


Suami ku bersama kedua ibu dan bapanya. 


Gambar family abang ipar kedua dan juga gambar my sis in law - tudung oren


Aksi yang tidak ingin di lihat .... tukang nangkap gambar yang tak tahan nak tergelak.


It's me with my hubby and my little child - i love my family very much.


Berposing - wajib dalam kamus hidupku...hehheheh

Sekian dulu entry bergambar kali ini. Nanti nak hupdate family sebelah saya pulak. Baru adil dan saksama. SELAMAT HARI RAYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...