»
asshaari.blogspot.com

23 Oct 2012

TIPS: Suami isteri perlu romantik

Assalamualaikum....

Rajin pulak aku ber entry mentry ni...bukannya apa, saja nak tulis mulis dan bersharing maring ni...2day, saya nak bagi tips pada suami isteri yer.

* SIKAP romantik suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia adalah penyubur kasih sayang antara suami isteri.

* Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua dan jangan sekali menjadikan anak serta cucu sebagai alasan untuk tidak lagi bersikap romantis.

* Sikap romantik lahir dari hati kaya dengan kasih sayang dan ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan serta perbuatan sehari-hari.

* Sikap romantik yang perlu dilahirkan:

* Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri mencium tangan suami yang hendak keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat untuk isteri dan suami meneruskan kehidupan seharian.

* Mendakap isteri ketika hendak keluar dari rumah. Ini akan mencetuskan ingatan yang berpanjangan sewaktu suami dan isteri berpisah sama ada untuk keluar bekerja atau urusan lain.

* Selalu mengucapkan perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri.

* Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang disukai

* Selalu usik-mengusik dan bergurau senda.

* Berjalan beriringan di luar rumah. Setidak-tidaknya jangan berjalan terlalu laju meninggalkan isteri jauh di belakang.

* Petua mengekalkan sifat romantis:

* Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

* Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.

* Usah malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazim diucapkan pasangan bercinta.

* Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.

* Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang.

* Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.

Selamat beramal.....

sumber: x ingat 



21 Oct 2012

TIPS: Jadi Sahabat Baik Pasangan

Assalamualaikum w.b.t

Macammana di hari Isnin ini...masih Monday Blues...(bg aku everyday blues....). Terasa 2012 hampir kepenghujungnya. Pejam celik pejam celik lagi 2 bulan lebih kita nak masuk 2013 kan...sekejap jer rasa. Cuti sekolah pun semakin hampir. Cuti sekolah inilah kita plan nak bawa anak2 balik kampung atau bercuti. Anak2 zaman sekarang dah pandai demand nak pergi jalan-jalan. Mana yang mampu, bolehlah bawa anak2 jalan2 jauh sikit spt Sabah, Langkawi, Sarawak, Jakarta dll. Kalau tak mampu, kita balik kampung jerlah yer....

Hari ini saya nak kongsi tip untuk menjadi sahabat yang baik kepada pasangan masing2: peringatan untuk diri saya jugak

1. Setia menemani pasangan di kala susah dan senang.

2. Jadi pendengar yg baik, bukan sahaja ketika pasangan ada problem malah setia mendengar celotehnya mengenai perkara yg remeh.

3. Bantu pasangan menghadapi stress ditempat kerja, berikan opinion dan berbincang penyelesaian terbaik agar pasangan kembali ceria.

4. Sentiasa memberi kata2 semangat dan galakan.

5. Luangkan masa bersama dengan xtvt kegemarannya.

6. Beri teguran dan kritikan yg ikhlas dengan bahasa yg lembut.

7. Rumahtangga pasti bahagia dengan gurau senda.

8. Luang masa berdua tanpa anak2.

9. Kenali teman2 pasangan anda dan layan mereka dengan baik.

10. Sanggup berkorban demi kebahagiaan bersama - mcm lagu P.ramlee (berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesera, sejati dan mulia.....)

So...marilah kita sama2 praktikkannya...agar rumahtangga kita terpelihara...Aminnnn

17 Oct 2012

Terbaik dari ladang!!

Assalamualaikum...

Selamat pagi, good morning, goeie more...おはようございます, magandang umaga....bnyknya bahasa...kalau tak paham, sila bukak Google Translate yer - maksudnya semua sama jer.

Actually just nak show to you all, susu yang saya beli last week - susu segar kata pakcik tu lah. Ada susu lembu dan susu kambing. Orang kata...bukan saya kata...hihihihihi, susu lembu atau susu kambing ni khasiatnya banyak, especially susu yang datang dari kambing ni. Tapi walaupun susu haiwan2 itu terbaik, tak boleh disamakan dengan susu ibu kan...mengangguk2kan kepala tanda setuju. Tapi, dah besar ni, takkan nak minum susu ibu pulak kan - bughuk beno ghupenye. Kenalah minum susu2 yang lain, untuk kesihatan kita jugak. Harga susu lembu dalam RM1.30 dan susu kambing pulak RM8 - mahai sikit dr susu lembu (mungkin suara kambing lebih sedap dari suara lembu kot)

Yang ini susu lembu- ada perisa, tapi susu kambing takder perisa-pior punya (lupa nak snap susu kambing)

14 Oct 2012

Monday BluES!!

Assalamualaikum n Selamat Hari Isnin


Apa yang dikatakan Monday Blues - The sad feeling have when they go back to work or school on Monday.

But....not often I'm feeling like that....maybe yang ada feeling macam tu, selalunya kerja menimbun di ofis, banyak kerja kena kejar dateline, jumpa client yg fussy, boss yang fussy n many...many...many.....more...

Walauapapun feeling yang anda rasa hari ini...SELAMAT BEKERJA  dan ceria-ceria selalu...

12 Oct 2012

Selamat Hari Jumaat

Assalamualaikam....

Happy Friday semua!!! Just short and simple entry for today.Kalau Friday jer semua happy especially yang bekerja (termasuklah aku...saje jer tak nak ngaku) . Yerlah...pejam celik..pejam celik..dah hari Jumaat. Esok cuti...yabeda bedoooo. 

Hari cutilah kita nak rehat, nak plan bawak anak2 jalan...pergi tengok wayang...pergi menguruskan badan....jogging lah tu.Yang kapel pulak, nak pergi taman bungalah...pi meminang lah...hihihi...nak pusing2 naik kereta, naik moto...wahhh romantiknya kan. Tapi yang kapel2 tu jgn lebeh2 ha...diantara korang berdua akan muncul org yg ketiga, so be carefull k....

Actually, nak story morry sikit tentang anak saya yang sulung. Dah besar dia, dah 9 tahun, dah jd anak dara dah. Nak tolong sikit2 buat kerja rumah bolehlah. And bab solat pulak, Alhamdulillah...recently dah boleh solat sorang2. Tak payah berimamkan mama dia. Harap2 biarlah dia rajin solat hingga dia besar...Bila solat terjaga, Insyaallah, pekertinya pun terjaga jugak. 

Gunalah lampin pakai buang jenama Fitti...hihihihihi
Semoga Allah tetapkan iman-nya dan boleh menjadi anak yg solehah.Amin.....

9 Oct 2012

Giveaway Entry ke-1000 Blog Aesya Zealous

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Hari ini saya terasa nak join GA dari Aesya Zealous sempena entry yang ke-1000. Wow banyak tu. Saya punya pun baru berapa (lupe nak kira). Tahniah kepada Aesya blog kerana mencapai tahap tertinggi dalam entrinya. (Bila turn aku agaknya,kalau dh cecah seribu , kena buat GA jugaklah...Insyaallah).

Apa tunggu lagi, jom kita join reramai!!! meriahkan lagi GA ni. Hadiah pun best2...bukan senang nak mendapat yang free. Toilet pun kena bayar!!!


Syaratnya senang saja, tak payah keluar modal pun (cuma bayar line internet jer) hihihi...

Antara syarat2nya:

1  Buat satu entri di blog anda bertajuk " GIVEAWAY ENTRI KE-1000 BLOG AESYA ZEALOUS "
2. Haruslah mengrajinkan diri memfollow blog Aesya Zealous
3. Letaklah banner kat atas ni dalam entri. jangan lupa link ke entri  http://akuzealous.blogspot.com
4. Last sekali, letakkan link post entri anda kat bahagian komen post di  

Hadiahnya pula:


Mixstyle Headphone (awesome sgttt)

Top-up RM10 x 2 dari The Rabun


Jangan lupa follow blog The Rabun juga :

Best kan???? Apa tunggu lagi!!!! klik sekarang  



7 Oct 2012

SMILE :)


Senyum itu sedekah: Rasulullah SAW bersabda :
"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah,beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah,dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." 
(HR Tirmizi dan Abu Dzar).

"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." 
(HR Trimidzi,Ibnu Hibban,dan Baihaqi).

3 Oct 2012

A True Friend









p/s: the simple entry at this time....peace!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...