»
asshaari.blogspot.com

16 Apr 2012

Proton Preve...Cantikke???

Malam tadi adalah malam pelancaran model terbaru proton iaitu Proton Preve. Maksud Preve ialah dari perkataan Inggeris ‘to prove’ bermaksud ‘mahu membuktikan’; bertujuan untuk buktikan kepada rakyat di Malaysia bahawa Proton juga mampu mengeluarkan kereta mengikut piawaian dan standard global tertinggi dan juga bukti mereka mahu berusaha bersaing di pasaran luar negara. 

Aku dulu pun pernah pakai kereta Malaysia, member2 aku pun ramai yang pakai, tapi baru pakai setahun dah timbul macam2 masalah. So, dengan terciptanya kereta ini, adakah ia mampu bersaing dengan kereta dari luar...harap2 macam tu lah...bukannya apa, asyik kena tipu jer rakyat Malaysia ni kan...Apa2 pun, kita tetap sokong produk dr Negara kita sendiri....

Harga Proton Preve: 

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)
RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
RM 59,540.00 / Solid (OTR)
2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)
RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
RM 62,540.00 / Solid (OTR)
3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)
RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
RM 72,540.00 / Solid (OTR)


Macam menarik jer, tapi tak mungkin aku membelinya!!!!

Bila AKU Berbicara...!!

Salam...

Kali ini aku nak story mory tentang rona-roni kehidupan alam rumahtangga. Di kala kita mengecapi kebahagian bersama orang yang kita sayang, tapi ada insan lain yang sedang menderita ketika ini. Dalam Islam, aspek kekeluargaan tu menyumbang kepada keharmonian diri, keluarga dan masyarakat hinggalah negara. Bahagia institusi keluarga sejahtera lah negara. Perkahwinan sepatutnya lebih bermakna kerana terjadinya penyatuan 2 hati. Tak kisahlah betapa jahatnya kita semasa bujang, tetapi sesudah menempuh alam rumahtanngga kita akan lebih jadi bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Begitulah sepatutnya...

Tapi..Semenjak dua menjak ini, aku sering dikejutkan dengan berita si polan ini bercerai, si polan itu pun bercerai. Adakah institusi kekeluargaan sudah semakin teruk. Apakah punca sebenarnya?? Masa bercinta bagai  nak rak lautan api sanggup di renangi. Tapi kenapa apabila dah kawin, ajak mandi laut pun x nak, semua serba tak kena.

Aku rasa banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya perceraian. Aku pun tidaklah pandai sangat dalam bab ini, cuma aku dapat pengajaran dr orang sekelilling aku. Antaranya, main kayu tiga, suami/isteri panas baran (tp rasanya lelaki lebih lagi panas barannya) tak menghormati antara satu sama lain, menghina pasangan, faktor kewangan pun memungkinkan percerain, x pandai menjaga hati pasangan, asyik bertengkar tanpa ada batasan, kurang memafkan pasangan sekiranya terjadi pergaduhan, merajuk yang berpanjangan, kurang mengambil berat sekiranya suami/isteri sakit, maki hamun pasangan, mendera isteri/suami atau anak, ishh...rasanya terlalu bnyklah kalau nak di list outkan.(inggeris x betul sungguh)

Bila perkara ini terjadi, ramai yang semakin takut untuk berkahwin. Walhal, perkahwinan itu satu keperluan dan digalakkan dalam Islam. Walaupun Allah telah mensyariatkan pelbagai hukum dan adab perkahwinan tetapi sebenarnya ramai yang tidak mematuhinya. Kenapa boleh terjadinya perkara ini? cetek agama, kurang pendidikan, sekolah pun takat SRP ,SPM, atau memang dah tertulis begitu qado dan qadar Tuhan pada manusia.Tapi kalau berbalik pada Firman Allah "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Oleh itu, kepada mereka yang bakal berkahwin hati2lah dalam memilih pasangan dan bersabarlah dalam melayari bahtera perkahwinan. Kerana dugaan di alam ini lebih besar dan sekiranya kita gagal, jangan putus asa, mungkin Allah hendak menguji kita. Tapi seboleh-bolehnya selamatkanlah alam perkahwinan dari terus hancur dan sekiranya perkahwinan itu tidak dapat diteruskan bnykkan berdoa, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuh hidup yang mendatang......

Ikhlas from As $haari



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...