»
asshaari.blogspot.com

29 Jan 2013

Farewell Party

Assalamualaikum dan Sobahul Khair

Entry kali ini saya nak story mory sikit tentang 'Farewell Party" utk sahabat saya yang nak menamatkan perkhidmatannya di Malaysia Airport, iaitu Niza dan Fadzil. Kalau farewell party jer, konpemlah ada makan-makan kan. Makanan cukup meriah, sampai licin di bedal staff2 kat sini (maklumlah hujung bulan, pantang ada makan free). Dalam kemeriahan tu sempatlah snap beberapa keping gambar (I ni photographer tak bertauliah).


Ucapan daripada Senior Manager, sblm acara penyampaian hadiah kepada 2 orang staff yang nak berhenti tu. 


Acara penyampaian hadiah - bestnya dapat hadiah (2 orang sekali berhenti)


Antara mak dara- mak dara yang sedang menjamu selera


Yang ini pulak acara sampingan - celebrate besday saya dan Haiza yang jatuh pada tarikh yang sama (17/01), tahun jer lain dan Fadzil sekali sebab dia nak berhenti. Acara ni K.Puteri yang arrange so buat pun selepas solat jumaat. Thank You K.Puteri....


Sekian dulu entry saya kali ini. Jumpa lagi di next entry.....

22 Jan 2013

Salam Maulidur Rasul:12 Rabiulawal 1434 Hijrah

Assalamualaikum dan Sobahul Khair

Sempena Maulidur Rasul tanggal 12 Rabiulawal 1434 Hijrah bersamaan 24 January 2013 ini,  marilah kita bersama2 menghayati perjuangan dan mengambil contoh tauladan dari akhlak dan kemuliaan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi bukan hanya di hari keputeraan Baginda sahaja tetapi jadikan amalan harian kita kerana:-

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu". Hadis riwayat Al-Nasai & Ibnu Hibban.



21 Jan 2013

Ceramah Agama: Sham Kamikaze

Assalamualaikum dan Sobahul Khair

Wah, apa mimpi tiba2 cakap bahasa Arab ni. Bukannya apa, bahasa Arab ni kan Bahasa Syurga. Bila kita tahu sikit2 bahasa Arab ni, rasa seronok dan rasa ingin tahu lebih banyak lagi tentang Bahasa Arab ni (dah buang tabiat agaknya aku ni..hihihihi).

Sebenarnya, I bukan nak story pasal bahasa Arab, tapi nak story mory tentang ceramah malam tadi yang saya pergi. Kalau nak diikutkan ini bukanlah 1st time saya follow ceramah kat surau rumah saya ni, adalah juga...Alhamdulillah. Syukran dapat suami yang turut bersama2 dengan jemaah surau untuk memeriahkan lagi surau di Taman Mawar Salak Tinggi. Penghargaan juga kepada Ahli Majlis, Puan Robiah kalau tak silaplah, yang banyak menaja ceramah2 Agama di daerah Salak Tinggi.

Apa yang menariknya ceramah malam tadi, tak lain dan tak bukan, Sham Kamikaze (dah mcm nak announce artis buat show jer). Alhamdulillah...rasanya hampir 200 lebih orang yang hadir, target pun orang2 muda (tetiba aku perasan mcm orang muda). Tajuknya dah tentulah "Penghijrahan" beliau kan. Yang bagusnya, ada jenaka, so tak adalah crowd boring. 

Nak share sikitlah apa yang diceritakan oleh Sham ketika mula2 dia nak berhijrah ke arah yang lebih baik:

 Beliau mempunyai seorang kawan bernama Ari, kira BFF lah ni. Beliau dan Ari, sama2 minat dalam muzik,cumanya Ari lebih kepada Black Metal. Masing2 kalau jumpa tak pernah beri salam, ayatnya "mana bro". Itu jerlah ayat pertama yang keluar dari mulut mereka.One day tu, beliau call Ari, tiba2 Ari memberi salam, so beliau terkejut dan menyambut salam Ari. Kemudian Ari mengajak beliau pergi kerumahnya. Bila tiba waktu solat, Ari akan stop dan solat dulu. Beliau pun merasa hairan dengan perubahan Ari, sehinggalah ke waktu Maghrib, Ari akan solat bila tiba waktunya. Keesokan harinya, mereka hendak pergi ke Perlis, sepanjang perjalanan, mereka akan singgah untuk solat, pada ketika itu beliau memakai anting2 (rock lah kunun),bila tiba time solat, beliau akan solat dan akan menanggalkan anting2nya. Sehinggalah mereka tiba di masjid kat Perlis, kiranya stesen terakhir, di masjid itulah, beliau bertemu dengan Ulama yg sangat masyhur di dunia iaitu Dr. Yusof Al-Qaradhawi dan sempat bersalam dengan ulama tersebut. Dari situlah titik permulaan penghijrahan beliau....Alhamdulillah. Itulah kuasa Allah yang kita tak boleh nak jangka. Esok lusa, siapa pula yang akan dipilih OLEHNYA.....

Ada beberapa keping gambar yang sempat di snap.









18 Jan 2013

Salam Jumaat

Salam Jumaat

Quotes of the day:

"Manusia HAWA dijadikan daripada rusuk kiri manusia ADAM, bukan dari kepalanya untuk diJUNJUNG atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan ALASnya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan TEMAN HIDUPnya, dekat pada lengannya untuk diLINDUNGI dan dekat hatinya untuk DICINTAI"


sumber : pak google

8 Jan 2013

B.E.R.J.I.M.B.A - Bagan Lalang

Assalamualaikum readers2 sekalian. Nasib baik sempat wish Happy New Year in my blog. Tapi selepas tu quiet balik, now baru nak menghupdate entry, tapi bukan entry 2013 tau, entry 2012 yang tak sempat nak dihupdate. Inilah orang cakap, nak buat azam tahun baru, tapi tahun sebelumnya pun belum tentu tertunai...hak3x (gelak besar). Tak kesahlah kan, entry tahun lepas pun, tahun lepaslah, janji puashati...iye dok.

Ok, sebenarnya entry ni pasal Family day officemate hubby aku aka aku jugaklah (sbb dh kerja satu kampeny kan). Ini adalah first family day between us. Kami pergi pada 25/11/2012. 1st place di Bagan Lalang, macam BBQ ler. Bagi saya lah, memang seronok dan boleh mengeratkan silaturrahim antara kami (dah macam ayat pidato lak). Tak mau story mory pepanjang, saksikan sajalah gambar2 ini, wokey (dalam setiap gambar ada cerita...huk3x).


Inilah yang kita orang masak, tapi suami2 mithali lah yg bertungkus lumus memastikan isteri2 tersayang dapat makan hokeyyy.


Tengok muka2 suami mithali ni, isteri2 tersayang semua duk bawah khemah (tak boleh kena panas, nnt makeup cair..hik3x)


Rajin kan... masing2 senyum jer, dalam hati (isteri aku dera aku, takper, hangpa balik rumah nanti, hangpa masak pulak)


Body builder lah kunun2nya....(waa...my bos also ada...)


Gambar2 candid oleh professional photographer.


Ini pula kaum2 isteri yang sebuk bergossip....x adalah, kita orang sibuk menguruskan dan menghidangkan makanan, tapi makanan banyak sangat masa tu, memang x boleh habiskan. Perut masing2 kecik, kalau macam tong dram tu bolehlah sumbat banyak2.


Antara muka2 suci anak2 yang duk membebel "apalah depa ni tangkap gambar aku, bukan artis pun"


Antara picture yang aku suka.

Sekian dulu entry untuk 2013. Jumpa lagi di next entry...

1 Jan 2013

Happy New Year...2013



sumber : pak google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...