»
asshaari.blogspot.com

21 Oct 2012

TIPS: Jadi Sahabat Baik Pasangan

Assalamualaikum w.b.t

Macammana di hari Isnin ini...masih Monday Blues...(bg aku everyday blues....). Terasa 2012 hampir kepenghujungnya. Pejam celik pejam celik lagi 2 bulan lebih kita nak masuk 2013 kan...sekejap jer rasa. Cuti sekolah pun semakin hampir. Cuti sekolah inilah kita plan nak bawa anak2 balik kampung atau bercuti. Anak2 zaman sekarang dah pandai demand nak pergi jalan-jalan. Mana yang mampu, bolehlah bawa anak2 jalan2 jauh sikit spt Sabah, Langkawi, Sarawak, Jakarta dll. Kalau tak mampu, kita balik kampung jerlah yer....

Hari ini saya nak kongsi tip untuk menjadi sahabat yang baik kepada pasangan masing2: peringatan untuk diri saya jugak

1. Setia menemani pasangan di kala susah dan senang.

2. Jadi pendengar yg baik, bukan sahaja ketika pasangan ada problem malah setia mendengar celotehnya mengenai perkara yg remeh.

3. Bantu pasangan menghadapi stress ditempat kerja, berikan opinion dan berbincang penyelesaian terbaik agar pasangan kembali ceria.

4. Sentiasa memberi kata2 semangat dan galakan.

5. Luangkan masa bersama dengan xtvt kegemarannya.

6. Beri teguran dan kritikan yg ikhlas dengan bahasa yg lembut.

7. Rumahtangga pasti bahagia dengan gurau senda.

8. Luang masa berdua tanpa anak2.

9. Kenali teman2 pasangan anda dan layan mereka dengan baik.

10. Sanggup berkorban demi kebahagiaan bersama - mcm lagu P.ramlee (berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesera, sejati dan mulia.....)

So...marilah kita sama2 praktikkannya...agar rumahtangga kita terpelihara...Aminnnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...