»
asshaari.blogspot.com

15 Apr 2012

Wang kertas baru edar JULAI !!!

Macam tajuk berita pulak. Aku terbaca satu news tentang wang kertas baru yang akan dikeluarkan bulan July nanti. Part yang paling best, masa hari Raya nanti, budak2 dah tentu seronok dapat duit baru. Yang peritnya ibu bapalah..(akulah tu..) nak keluarkan duit nanti. Tapi takperlah setahun sekali. Anak2 aku pun dapat jugak duit kan. Jangan segan2 nak hulurkan duit raya kat anak aku nanti yer. Antara petikan news tersebut :


" BANK Negara Malaysia (BNM) sudah membuat persediaan bagi edaran wang kertas Malaysia siri baru mulai 16 Julai depan yang bertemakan Keunikan Malaysia terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

“Wang kertas RM50 dalam siri ini sudah berada dalam edaran sejak Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. BNM berkata, dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lalu untuk memudahkan peralihan yang lancar. BNM turut menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai."

Inilah antara wang kertas dan duit syiling yang bakal dikeluarkan...best..best...

Makan Lagi!!!!

Salam saudara saudari cik kebom cikebom

Jumaat lepas aku dengan BFF aku pergi makan tengahari di tempat yang sama, tapi kali ini menu berbeza. Memang menarik tertarik kau mmg de boom. Bos kedai ni patutnya bagi diskaun pada kami bertiga ni..sbb asyik2 muka hangpa ja kan..x da muka lain ka...hehhehehe. Lagi pun, salah sorang BFF aku akan cuti sebulan. So... nanti lamalah tak jumpa dia. Nanti kalau dia dah masuk kerja balik, kena buat reunion lah pulak.So, antara menu2 yang kami cuba di sana...memang menarik sesangat.....


Tengok no 131...Air I Love You....hahhahaaha, mmg terkejut gorila hari tu....


Yang kiri sekali tu lah Air I Love You. Pas tu Air Tea and Apple Juice


Nasi Goreng Chiang Mai and Nasi Goreng Nenas


Yang ini aku punya....Nasi Goreng Berempah dan Telur Dadar


Jangan marah haaa......

p/s: Sekian dulu coretan aku untuk hari ini, terima kasih kerana sudi membacanya.....!!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...