»
asshaari.blogspot.com

7 May 2012

BARAN OH BARAN

"KANGAR: Seorang bapa sanggup menetak dan melibas dua anak lelakinya berusia dua dan empat tahun sehingga parah menggunakan pisau dan getah paip semata-mata mahu melepaskan geram selepas bertengkar dan membelasah isterinya di rumah mereka di Taman Padang Katong, di sini.
Dalam kejadian jam 2 petang, Khamis lalu, lelaki terbabit yang berusia 40-an pada mulanya bertengkar dengan isterinya yang berusia 39 tahun sebelum dia hilang pertimbangan lalu membelasah wanita itu.

Difahamkan, isteri terbabit dan dua anaknya banyak kali menjadi mangsa belasahan suspek yang panas baran, namun dalam kejadian Khamis lalu, sikap barannya itu keterlaluan apabila tergamak menetak dua anaknya menggunakan belakang pisau serta melibas mereka dengan getah paip sehingga parah.


Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, selepas memukul isterinya, suspek mencapai pisau di dapur rumahnya lalu menetak kedua-dua anaknya pula menggunakan belakang senjata itu."


YA ALLAH, kenapalah ada manusia sekejam ini wujud di muka bumi ini. Terkedu aku baca harian metro hari ini. Mula2 aku baca pasal perceraian Jimmy Shanley dengan isterinya yang tak berkesudahan, masing2 membuka aib sendiri. Masa nak kawin tak pikir semua tu. Lepas tu aku terbaca berita ini. Apalah dosa anak2 itu...wahai manusia yang kejam.


Wahai manusia yang PANAS BARAN, hentikanlah sikap anda. Banyakkanlah berzikir dengan menyebut nama ALLAH dan solat, semoga diri anda akan sentiasa dilindungi olehNya. Sikap PANAS BARAN ni bukannya penyakit keturunan, malah kalau anda nak membuang sikap itu, boleh, itu semua bergantung pada diri anda sendiri. SAYANGILAH KELUARGA ANDA DAN NYAWA ANDA SENDIRI........

Rasulullah S.A.W bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api,sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud)


Sahabat atau BFF...

 "Kawan senang di dapati, tetapi sahabat sejati susah di cari ganti". 



Semua orang punyai sahabat, tetapi adakah sahabat yang kita ada sekarang ini ikhlas berkawan dengan kita ataupun sebab dah tak ada kawan lain.

Selalu orang kata, bila dah kahwin je, hubungan pun terputus, konon2 sibuk dengan urusan rumahtangga, hilang no telefon, dah jumpa kawan yang lain dan macam2 alasan yang diberi. Pada aku, itu bukan alasan yang patut diterima. Itulah yang jadi, bila berkawan tu tak ikhlas, atau bila senang, ramai yang dekat, tapi bila susah, batang hidung pun susah nak nampak. 


Tapi, kalau berbalik pada realiti kehidupan, ada masa kita disukai dan ada masa kita dibenci.   Pada masa itu janganlah kita menyalahkan sesama sendiri. Oleh itu, kawan2, jagailah hubungan baik sesama manusia. Biarlah apa orang nak buat pada kita, yang penting kita sentiasa SENYUM.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...