»
asshaari.blogspot.com

28 Feb 2012

Selamat Hari Jadi Tahun Lompat

Selamat Hari Jadi Tahun Lompat-- aku ucapkan kepada sesiapa yang menyambutnya.Hari ini sangat istimewa kerana mereka menyambutnya 4 tahun sekali...sesuatu yang cukup unik dan istimewa.Tentu mereka yg lahir pada tarikh ini rasa bangga dan seronok kerana semua orang mengingatinya...


Ucapan ini aku tujukan buat adik ipar Norul Zafinas. Selamat Hari Jadi kepada beliau dan semoga dirimu sentiasa dilindungi oleh Allah...^_^

27 Feb 2012

Jalan-Jalan di KLCC

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Hajat dihati sebenarnya hanya nak pergi Petrosains,x der per pun terlintas nak pergi jalan2 kat Taman KLCC tu,tp disebabkan Petrosains tu tutup pukui 5...kami sampai pun dlm pukul 4..x jadilah masuk..hampa dan keciwa...^_^....sampai awal, tapi pergi makan dulu kat Nando's (tempat favorite kami),jd lambatlah sikit.Ingatkan bukak sampai malam..hampassss...Maka dengan itu,saya nak menguploadlah gambar semasa kami berada disana...cm biasa  :)


Menu pun macam biasa yang kami order kalau pi sana...1/2 chicken with sidelines, kalau sidelines plak biasanya ambil Mediterranian Rice,Old style chips dan grilled vegetables.Air pulak Ice lemon tea,boleh refill, itu yang ambik air tu...hehhehehehehe.Aku paling suka sos dia,mmg awesome,especially hot peri-peri...




After mentekedarah, barulah kami pergi ke Petrosains.Disebabkan dh tutup awai,kami jalan2 jer kat bhgn luar.Beli gifts untuk Qistina dan Qarnain.Then baru kami pergi jalan2 kat Taman KLCC.Bawak depa pi playground pas tu singgah masjid sembahyang Maghrib.Lepas solat, kami terus menuju Restoran Istana Bambu,yang terletak di Ampang....ini 1st time pergi,x taulah makanannya sedap atau tidak.Nasib baik ada GPS, senanglah jugak cari tempat ni.Mmg cantik, boleh bagi 5 bintanglah, tp dr segi menu dia,boleh bagi 4 bintang....


Bila dah kenyang makan, maka kami pun pulanglah kerumah, habis diet aku. Lama dah tak makan malam, tetiba makan plak...x perlah,sekali sekala..wink..wink..^_^.

ADIOS ^_^




24 Feb 2012

Makan-Makan Again...:)

Hari ini aku dengan "BFF" aku pergi makan kat Giant again..tp different restaurant. Restaurant tu ala-ala Siam punya kedai..Namanya SAWAD-DEE....nama cam pelik jer, x perlah, janji halal...Makanan dia pun boleh tahan, bolehlah bagi 4/5 bintang....
Inilah buku menu dia...nama dia pun ada yang pelik, tp aku order yang biasa dengar jerlah, takut x sedap pulak kalau ambil yang bukan2...
Ini air yang aku order..mula2 ingat nak order ice blended chocolate, tp yg ada vanilla jer...hentam sajalah labu, janji sodappp....
Yang ini pulak Ida dan Cik Rose order....satu tu namanya Cincau bandung...satu lagi entah...luper....
Inilah "BFF" aku...Cik Rose...org yang sama jugak minggu lepas...
Ini pun "BFF" aku jugak, namanya Irdahany....org yang sama gak minggu lepaih....dia pun ada blog jugak...terjebak dgn aku...hehehheehe...blog dia 'irhany-sweethaven.blogspot.com'
Menu ni memang sedap...Nasi Goreng USA...sangat2 AWESOME :)
Yang ini pulak Keautiaw Bandung...sedap jugak...Cik Rose order...
Yang ini aku order..Tom Yam Kung...boleh tahan gak rasanya...pure Tomyam....
Macam kembali zaman dulu plak..gambar hitam putih...kredit to photoscape....
Nampak sangat penatnya...tengok tu, licin pinggan dia...ish..ish...

Ini saja coretanku...sesiapa yang duduk area Sepang, trylah makan dekat sini...

ADIOS :)




21 Feb 2012

Friendship 4 ever....

────(♥)(♥)(♥)────(♥)(♥)(♥) __ ɪƒ ƴσυ'ʀє αʟσηє,
──(♥)██████(♥)(♥)██████(♥) ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɧα∂σѡ.
─(♥)████████(♥)████████(♥) ɪƒ ƴσυ ѡαηт тσ cʀƴ,
─(♥)██████████████████(♥) ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɧσυʟ∂єʀ.
──(♥)████████████████(♥) ɪƒ ƴσυ ѡαηт α ɧυɢ,
────(♥)████████████(♥) __ ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ρɪʟʟσѡ.
──────(♥)████████(♥) ɪƒ ƴσυ ηєє∂ тσ ɓє ɧαρρƴ,
────────(♥)████(♥) __ ɪ'ʟʟ ɓє ƴσυʀ ѕɱɪʟє.
─────────(♥)██(♥) ɓυт αηƴтɪɱє ƴσυ ηєє∂ α ƒʀɪєη∂,
───────────(♥) __ ɪ'ʟʟ ʝυѕт ɓє ɱє.

Hari ini cerita tentang sahabat plak, zaman IT ni org panggil "BFF".Nak bgtau sikit ciri2 tentang seorang sahabat, seperti kata pepatah petitih ..heheh.."Sahabat ketawa senang dicari,Sahabat menangis susah untuk dicari".Antara ciri2nya:

  • Jika engkau berbakti kepadanya,dia akan melindungi kamu
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • Jika engkau memerlukan pertolongan darinya,dia akan membantu kamu
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,dia akan menerimanya dengan baik
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripada kamu,dia akan menghargai kebaikan kamu itu
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu,dia akan menutupnya
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya,dia akan mengusahakannya
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta),dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu,dia akan meringankan kesusahan kamu
  • Jika engkau berkata kepadanya,nescaya dia akan membenarkanmu
  • Jika engkau merancangkan sesuatu,nescaya dia akan membantu kamu
  • Jika kamu berdua berselisih faham,nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan....
ADIOS!!!   

19 Feb 2012

Petua untuk mencantikkan kulit

Salam...
Saya nak kongsi sedikit tentang penjagaan kulit kerana ia sangat penting tidak kiralah sama ada di salun ataupun di rumah. Info ini saya petik dr sebuah majalah, amat berguna untuk kita ikutinya...tak salah pun, asalkan baik untuk diri sendiri..kan..kan..kan...


1.Masker melembapkan kulit
- 1/2 biji betik yg masak ranum
- 1 sudu madu                                                                    
- 1 sudu yogurt / 10 biji bedak sejuk
Cara membuat:
- Kisar betik bersama madu,yogurt atau bedak sejuk
- Sapukan kewajah hingga rata dan biar beberapa minit
- Bilas dengan air suam hingga bersih
- Lakukan beberapa kali untuk menampakkan hasilnya
2.Hilangkan parut jerawat
- Asam jawa ikut keperluan
- Air secukupnya
Cara membuatnya:
- Bancuh asam jawa dengan air,lebih pekat lebih baik
- Sapukan campuran tadi ke kwsn parut dibhgn tubuh mahupun muka
- Biarkan sehingga kering.Sebaliknya ia disapu sblm tidur
- Basuh atau bilas ketika bangun pagi
3.Menghaluskan kulit
- 1 genggam bayam
- Sedikit kuning telur,madu dan air mawar
Cara membuat: 
- Tumbuk daun bayam hingga lumat dan halus
- Campurkan bersama kuning telur,madu dan air mawar
- Gaulkan kesemua bahan hingga rata dan pekat seperti topeng muka (masker)
- Sapu masker tersebut pd wajah,biarkan hingga kering
- Bilas muka hingga bersih

Sekian...ADIOS...

16 Feb 2012

Jalan2 Cari MakaN...

Biasanya kalau hari Jumaat,mesti makan kat luar,jemu jugak kalau hari2 makan kat airport ni,menunya sama jer.Terima kasihlah pada sahabatku Cik Rose sbb dia selalu ajak aku makan kat luar.Okey....tadi aku,cik Rose dengan Ida makan kat Noodle Station sebelah Giant....boleh tahanlah makan kat situ.Nak kata sedap sgt tak juga,tp bolehlah drpd makan kat airport ni...:)
Ini namanya Thai style Spring Noodle....sedap jugak, tapi kena kurangkan sikit minyak sebab bila makan cepat kenyang.Udang dia pulak rasa fresh dan padat dan cukup masak..sedap....
Yang ini pula, Hokkien Mee...sedap jugak tapi sekali rasa macam mee hailam.
Yang ini pula, Iced Peach Tea...sedap jugak, bolehlah untuk hilangkan dahaga.....
Yang ini aku tak ingat namanya, sebab cik Rose yang minum...nampak macam sedap, tp bnyk buih...nampak menarik lagi kut kalau banyak buih.
Inilah sahabat aku Cik Rose namanya...kami dah bersahabat lama sejak dr kolej lagi. Dulu satu department sekarang sudah lain, but we still prenz...4ever
Ini pula Irdahany...kenal dia sejak kami satu unit. Kami pun agak rapat juga....insyaallah, akan prenz 4ever...

15 Feb 2012

Doa Meredakan Hati Suami.....

"Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna"


Ya Allah....

Andaikan semua ini layak bagi kami,
Cukupkanlah permohonan ini dengan redha-Mu
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling mencintai dikala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala suka,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalam beribadah.

Ya Allah…
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti pengikat cinta kami kepada Rasul-Mu.

Amin

Sebaik-baik wanita adalah ;
yang apabila diberi sesuatu,dia bersyukur
dan bila tidak diberi apa-apa,dia bersabar..
yang menyenangkan hatimu
bila kamu melihatnya....
dan mentaatimu
bila kamu menyuruhnya...

14 Feb 2012

Tentang Dhia

Walaupun "Tentang Dhia" dah tamat, tp saya percaya semua peminat setia drama ini masih teringat dgn pelakunnya dan jalan ceritanya yg sgt indah. Walaupun sblm ini saya tak minat lakunan Nora Danish, tp dlm drama ini, lakunan dia sgt2 awesome.Terima kasih kepada penulis novelnya kerana menulis cerita ini. Yang membuatkan cerita ini lebih menarik ialah latar lagu dia seperti lagu "denganmu aku hidup by Opick","di atas satu cinta by Indah Pertiwi" dan macam2 lagi. Part yang paling best ialah part kemesraan antara Zikir dan Dhia, sgt2 touching. Pada saya inilah drama melayu yang menampilkan kelainan, ada romantik, ada seram ada kelakar dan sedih. So....nak labelkan cerita ini apa yer...Drama Cinta seram..hehehe...kelakar pun ada. Tp kadang2 ada mengarut jugak cerita ini, part Dhia mati dan hidup semula. Dan yang paling sedih... sesedih... sedihnya adalah part Dhia dan Zikir mati.....x percaya penulis novel ni buat cerita macam tu. Ingatkan Dhia seorang saja mati...tp Zikir pun meninggal sbb x sanggup berpisah dgn Dhia. Saya percaya, kalau 1 juta org yg menonton episod last Tentang Dhia ini, mesti 1 juta org jugak yg menangis. Bukannya sebab apa, sebab Zikir terlalu sayang dan setia dgn Dhia.... susah nak jumpa lelaki mcm Zikir zaman sekarang!!!hehhehehehe...setakat ini coretan saya...ADIOS -_-

12 Feb 2012

Kelebihan Bunga Cengkih

  Rasanya yang tajam membuat rempah jenis ini sering dimanfaatkan di dlm hidangan.Ini kerana,penggunaan cengkih,rempah berbentuk kuncup bunga ini menguatkan aroma hidangan.Bukan itu sahaja,ia juga dpt dimanfaatkan bagi membantu mengatasi bbrapa masalah kesihatan.
  Kandungan zat eugenol yg terdpt diantara 70% hingga 80% di dlm bunga cengkih ini membantu menenangkan saraf gigi.Selain itu kandungan minyak atsiri di dalamnya juga membantu memperbaiki sistem pencernaan.Cengkih juga mempunyai fungsi anestetik,antimikrobial,stimuli,antiseptik serta bermanfaat membantu mengatasi sakit perut dan batuk.Panduan penggunaan cengkih untuk situasi berikut:
Sakit Gigi
  Ambil minyak cengkih dan titiskan pada kapas untuk disumbat atau diletakkan pd gigi yg sakit.Cara lain yg boleh digunakan adalah dgn menggoreng tanpa minyak 10 butir  cengkih sehingga hangus dan giling sehingga halus.Kemudian, masukkan serbuk cengkih yang digiling tadi ke dalam gigi berlubang dan tutup dgn kapas.
Senggugut
  Untuk mengatasinya,cuci dan potong 7 biji ketumbar,1 inci kunyit,1/2 biji buah pala dan 2 butir cengkih.Rebus dengan dua gelas air sehingga menjadi segelas.Tapis dan minum ketika ia masih hangat dan suam.
Masuk Angin
Bancuh 10 titis minyak cengkih dgn 1/2 air panas bersama 1 sudu makan madu.Bancuh sehingga sebati dan minum ketika ia masih hangat.Amalkan selama 2 hingga 3 kali sehari.
Memanaskan Tubuh
Cuci dan potong 1 inci halia,1 inci serai,5 butir cengkih,1/2 biji buah pala,1 inci kayu manis,4 helai daun limau purut,5 biji kemukus (lada berekor),gula kabung secukupnya.Tambahkan 5 gelas air dan rebus sehingga menjadi 3 gelas sahaja.Tapis dan minum ketika hangat.Amalkan 3 kali sehari.

Magazine Ana Muslim


Salam.....
Magazine Ana Muslim ini salah satu drpd magazine favorite Qistina. Bukan saja dia yang suka, aku pun suka coz cartoon Ana tu sgt comel. Magazine ini publish by Blue T-Publication Sdn. Bhd. Koleksi ini aku beli masa Book Fair di PWTC pada 4/2/2012. Tujuan aku beli ni pun bukannya apa, supaya Qistina rajin membaca. Bukan senang nak latih anak2 membaca ni, kdg2 tu aku naik risau jugak, yerlah bak kata orang "Membaca Jambatan Ilmu" kurang membaca, kuranglah ilmu yer....Kalau nak tengok online boleh layari website Ana muslim www.anamuslim.com.my. Banyak juga bacaan menarik di dalam buku Ana ni. Kalau ada yang belum tahu pasai magazine ni, pergilah ke kedai buku....sangat menarik dan kau memang de boom....sekian

11 Feb 2012

Makan time

Yang ini namanya udang goreng kunyit. Sebenarnya tak tahu dah nak masak apa, goreng ajerlah. Simple and ringkas.
Bahan2:
Udang
Bawang
Cabai masak
Kancang panjang
Cara:
Lumur udang dengan kunyit dan garam.Kemudian goreng dgn minyak.Bila sudah separuh masak masukkan bawang,cabai masak. Last sekali baru masukkan kacang panjang.Siap....

9 Feb 2012

My Lil Boy


This is my second boy. Namanya Norul Qarnain. Lahir pada 5/1/2009 di Hospital Putrajaya. Sekarang dia berumur 3 tahun. Dia amat meminati model kereta-kereta kecik dan motorbike. Qarnain anak yang baik but sometime naughty. Harapan mama semoga dia menjadi anak yang baik dan soleh.

My Love Daughter

This is my daughter, lahir pada 13/01/2003, nice number. During pregnancy,I did not have big problems, cuma kurang darah merah. Thanx to God, coz aku tidak mengalami sebarang masalah. Selepas dia lahir, aku berikan nama Norul Qistina. Masa keciknya sehinggalah setahun  umurnya dia kuat menangis.Kalau tak dapat apa yang dia hendak, dia akan berguling2 atas lantai sambil menangis.If carried to go supermarket, dia mesti menangis coz tak cukup tidur ataupun lapar.Sekarang dia berumur 9 tahun. Dah besar anak mama, but sometime quiet degil and tak mahu dengar nasihat orang....mmg tahan sabar jerlah, Tapi walau apa pun mama doakan agar anak mama berjaya dunia dan akhirat.

8 Feb 2012

1'st time in my life

Actually I was just trying to create my own blog, cuba-cuba lah kalau jadi...kalau sesiapa yang berminat nak baca-baca, sila-silakanlah.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...