»
asshaari.blogspot.com

28 May 2012

Die Hard Fan - Maher zain

Assalamualaikum semua pembaca...

Siapa belum dapatkan album Maher Zain yang baru. Rugi kalau tak beli, lagu dia best2 belaka. Kami satu family mmg peminat fanatik Maher Zain. Nasib baik baru 2 album jer, kalau dah 10 album, 10-10 tu aku beli.

Long long time ago, since Qistina kecik lagi, dia dah menunjuk minat kat lagu2 berunsur keagamaan. Dulu... she always listen  Raihan song now Maher Zain. Everyday suruh pasang lagu Maher zain even in the car. Now, her younger brother plak, oklah tu kan, daripada dengar lagu punk ker atau yang merosakkan akhlak.


Album Maher zain yang 1st and 2nd.



Nanyian oleh Qistina and Qarnain - lagu Ku Milikmu


Nyanyian oleh Qarnain - Number One for Me

p/s: maaflah sekiranya kualiti video kurang memuaskan, maklumlah pakai handphone jer, cap ayam jer.

27 May 2012

Magazine Web-based

Assalamualaikum semua yg sudi membaca entri aku ini.

Hari ini macam tak semangat jer nak bekerja, aura nak balik kampung tu dah terasa. Kadang2  like my kids pulak, tak sabar2 nak balik kampung, maklumlah tempat kelahiran, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri kan.

Sebenarnya entri aku hari ini pasal majalah online http://www.mediaglam.com . Zaman dah semakin canggihkan, semua guna web-based. Lepas ni tak payah membazir duit beli magazine. Tapi kalau semua online, macammana nak claim incometax, rugi oo..... Dahlah dengar2 nya multimedia (e.g. broadband, unifi) dah tak boleh claim. Betul ker tidak tak taulah. Lepas ni kena cari alternatif lain untuk claim. 


23 May 2012

Oh my English!

Broken english is a trend, sometime bila aku bercakap, aku pun tak faham. Ha... actually, last night aku tengok rancangan Oh My English. It's good for our child to learn how to speak better english, no broken broken. Tapi, aku pun jadi interested pulak tengok rancangan tu. 

Yang bestnya, pelakun pun kelakar. Harun Salim Bachik dengan Os. Tengok pun dah macam funny story. Especially when they use broken english. Memang kelakar. Student pun not bad kelakarnya. Ok, next time boleh follow lagi!!!!! (Oh my english...no...sgt teruk)

22 May 2012

Kerja tertangguh...

Ah...masih lagi dengan minute meeting. Agak2nya bila nak siap ni.

Orang yang aku perlukan for reference tak ada pulak hari ini. Nampaknya delayed lagilah nak sent minute ni kat BOSS...sorry Boss ha....

Esok insyaallah siap.... i hope lah....

21 May 2012

Minute oh minute

Salam petang semua, harap2 semua ceria hendaknya. Inilah kerja baru aku sekarang, kalau tak attend meeting, buat minute meeting. Kalau tak buat minute meeting, attend meeting..hehehe  (sama daaa).

Harap2 boleh siap dalam minggu ni, sebab next week aku cuti seminggu. Yahoo...bestnyer, dah lama tak balik kampung. Entah2 kampung aku dah berubah wajah.Kan seronok  kalau ada orang tolong buatkan minute ni untuk aku (upah 50 hengget pun tak da org nak).

Sources aku adalah kamus dan Google Translate.... nak cakap owang putih ni payah bebeno. Tapi I'll try my best haa....


14 May 2012

Serangan Nafsu yang menjadi-jadi sekarang ini

Salam semua, hari ini aku terbaca berita dr Harian Metro. Baca tajuknya pun dah gerun, apatah lagi intipatinya. Apa nak jadilah dunia ni sekarang. Bacakan....


KUALA LUMPUR: Culik, rogol dan samun. Itulah serangan ‘tiga serangkai digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka ‘tawanan’ melampiaskan nafsu.
Difahamkan, kumpulan terbabit yang bergerak dengan kereta Proton Waja hitam itu berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana wanita yang berjalan sendirian.

Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, di sini, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau itu apabila diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.

Malah, kejadian rogol itu dirakam kumpulan berkenaan dipercayai sebagai koleksi peribadi mereka.

Mangsa yang dibebaskan selepas diperlakukan seperti binatang oleh kumpulan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini.


Menurut sumber, mangsa yang bersendirian dalam perjalanan ke kedai mendakwa tiba-tiba dihampiri dua lelaki tidak dikenali.

“Kedua-dua suspek memegang tangannya sebelum seorang daripada mereka meletakkan pisau di leher wanita berkenaan.

“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, kepala mangsa ditutup menggunakan kain sebelum dia dirogol seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ, dia terus dinodai kumpulan berkenaan di rumah kosong. Kali ini, mangsa dirogol bergilir-gilir tiga lelaki terbabit. “Selepas diperlakukan demikian, seorang daripada suspek menyerahkan semula pakaian mangsa,” katanya memberitahu barang berharga milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai lebih RM100 dirampas kumpulan itu.


Katanya, kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan, di sini.


Mangsa yang dibantu orang awam menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


Katanya, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun usaha memburu kumpulan itu giat dijalankan. Kami masih meneruskan siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan sama seperti dengan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Apa yang boleh kita lakukan hanya berdoa pada Allah, moga diri kita dan keluarga kita sentiasa dilindungi olehNya.

Tak tahulah nak golongkan golongan ini jenis apa, langsung tiada perikemanusiaan. Biarlah Allah menghukum mereka dengan hukuman yang maha berat.




13 May 2012

Hari yang sangat bermakna...

Kalau cakap pasal  HARI IBU, semua orang terfikir macammana nak celebrate dengan ibu masing2. Ada yang yang beli kek, masak untuk ibu, candlelight dinner (ingat org bercinta jer boleh ke) give present dan macam2 lagilah. Itu kalau ibu dekat dengan kita, kalau yang duduk jauh, hanya telefon saja sebagai penghubung. 

Jadi ibu ni seronok dan kadang2 pening jugak kepala dengan kerenah anak2. Tapi itulah tanggungjawab kita sebagai ibu. Banyak benda terpaksa ibu korbankan demi  melihat anak2 membesar dengan baik. 

Jadi, hargailah jasa ibu2 kita selagi hayat mereka ada. Kalau dulu kita banyak buat dosa dengan ibu, minta ampun, minta maaf. Tak jatuh maruah kita kalau kita minta ampun dari Ibu kita sendiri. 

*** Sempat jugak wish kat Mak semalam. 


9 May 2012

Corat Coret di Event AERONITA yg ke 18


Assalamualaikum

Rasanya majlis ni dah lama berakhir,tapi baru nak meng-update (oh my english...). Lama dah nak update dlm blog ni, tapi macam tak ada masa, padahal, kerja tak derlah menimbun sangat (cmna aku bleh jd ala2 PA ni...). Takperlah, dah rezeki aku kan. Kalau ada peluang naklah naik cepat...hehehhehe.

Aeronita ni Adalah Kelab wanita yg bekerja dengan Malaysia Airport dan terbuka juga kepada isteri2 yg mana husband mereka kerja dengan Malaysia Airport (tp rasanya x der pun yg join). Setakat ini ahlinya dah melebihi 300 orang. Wow...banyaknya!!! Ok, x maulah cerita panjang, tengoklah gambar2 yang akan aku upload. Pinky gegirl...awesome.


Semua melaram dengan baju kaler pink, sebab temanya "PINK". Aku pun melaram gak, tp baju biasa2 ajerlah, takder yang glamer2. Tapi yang bestnya event ni ada lucky draw you, ada fashion show, tarian, mmg menarik. Tapi yang x menariknya, PANASSS...rasa macam nak sentenkan baju jer time tu, tapi malu plak, kena jaga kevoguegan, dahlah pakai baju kurung.


Ini antara makanan yang diambil oleh aku dan kawan2 ku. Makanan pun ok, ada bihun sup (yg ini mmg terbaek), rojak, keowteow, nasi minyak dan macam2 lagi. 


Ini antara gegirl yang sempat bergambar. We share 1 table. Antaranya, Irdahany, Mislina, Aleen, Naja, Mimy,K.Ila, K.Sal and K. Puteri. Semua Hot mama!!!! 


Ini antara gegirl yang ada luck hari tu. Best kan dia orang dapat hadiah. Aku pun dapat gak, dapat habuk hehehhehehe. K.ila dapat Chocolate, K.Sal dapat shawl, Mislina dapat holiday ke Pangkor, Naja dapat hp dan Irdahany dapat Handycamp (aku yg tolong ambilkan utk Ida, tumpang glamer naik stage). Tapi aku dapat jugak, Ida bagi aku mp3 (yang tak berfungsi sampai hari ini...hampeh tol). Tapi yang paling ohsem, kita orang yang share 1 table tu, semua dapat hadiah. Mmg best 3x.


Yang ini Aleen, birthday gegirl. Ahli yang birthday nya jatuh bulan April, semua dapat. Glamer jugak....


2nd Place Best Dress. Tahniah pada K.Puteri, baju dia sangatlah ohsem!!!



Ini Puan Seri Sherina Aris, Penaung Aeronita. Seronok gegirl2 ni dapat bergambar dengan Puan Seri, semua muka tak tahu malu...kih..kih..kih..


Ahli baru...budak yang sangat baik...org lain meraung panas, dia rileks jer...



Last sekali, aku nak bagitahu, inilah no x bertuah aku...huwaaaaaa... tahun depan cuba lagi yer. Insyaallah, tahun depan, rezeki aku pulak (ayat nak sedapkan hati).






7 May 2012

BARAN OH BARAN

"KANGAR: Seorang bapa sanggup menetak dan melibas dua anak lelakinya berusia dua dan empat tahun sehingga parah menggunakan pisau dan getah paip semata-mata mahu melepaskan geram selepas bertengkar dan membelasah isterinya di rumah mereka di Taman Padang Katong, di sini.
Dalam kejadian jam 2 petang, Khamis lalu, lelaki terbabit yang berusia 40-an pada mulanya bertengkar dengan isterinya yang berusia 39 tahun sebelum dia hilang pertimbangan lalu membelasah wanita itu.

Difahamkan, isteri terbabit dan dua anaknya banyak kali menjadi mangsa belasahan suspek yang panas baran, namun dalam kejadian Khamis lalu, sikap barannya itu keterlaluan apabila tergamak menetak dua anaknya menggunakan belakang pisau serta melibas mereka dengan getah paip sehingga parah.


Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, selepas memukul isterinya, suspek mencapai pisau di dapur rumahnya lalu menetak kedua-dua anaknya pula menggunakan belakang senjata itu."


YA ALLAH, kenapalah ada manusia sekejam ini wujud di muka bumi ini. Terkedu aku baca harian metro hari ini. Mula2 aku baca pasal perceraian Jimmy Shanley dengan isterinya yang tak berkesudahan, masing2 membuka aib sendiri. Masa nak kawin tak pikir semua tu. Lepas tu aku terbaca berita ini. Apalah dosa anak2 itu...wahai manusia yang kejam.


Wahai manusia yang PANAS BARAN, hentikanlah sikap anda. Banyakkanlah berzikir dengan menyebut nama ALLAH dan solat, semoga diri anda akan sentiasa dilindungi olehNya. Sikap PANAS BARAN ni bukannya penyakit keturunan, malah kalau anda nak membuang sikap itu, boleh, itu semua bergantung pada diri anda sendiri. SAYANGILAH KELUARGA ANDA DAN NYAWA ANDA SENDIRI........

Rasulullah S.A.W bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api,sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud)


Sahabat atau BFF...

 "Kawan senang di dapati, tetapi sahabat sejati susah di cari ganti". 



Semua orang punyai sahabat, tetapi adakah sahabat yang kita ada sekarang ini ikhlas berkawan dengan kita ataupun sebab dah tak ada kawan lain.

Selalu orang kata, bila dah kahwin je, hubungan pun terputus, konon2 sibuk dengan urusan rumahtangga, hilang no telefon, dah jumpa kawan yang lain dan macam2 alasan yang diberi. Pada aku, itu bukan alasan yang patut diterima. Itulah yang jadi, bila berkawan tu tak ikhlas, atau bila senang, ramai yang dekat, tapi bila susah, batang hidung pun susah nak nampak. 


Tapi, kalau berbalik pada realiti kehidupan, ada masa kita disukai dan ada masa kita dibenci.   Pada masa itu janganlah kita menyalahkan sesama sendiri. Oleh itu, kawan2, jagailah hubungan baik sesama manusia. Biarlah apa orang nak buat pada kita, yang penting kita sentiasa SENYUM.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...