»
asshaari.blogspot.com

12 Dec 2012

Happy Thursday!!!

Assalamualaikum....

Selalunya people akan cakap happy monday (even x berapa nak happy) tapi saya lain sikit, saya wish happy thursday pulak, tak der bezanya pun kan. By the way, 2012 pun hampir menutup tirainya, so macam2lah impian, wishlist yang tak tertunai lagi, azam yang entah kemana, kerja melambak2, yang tak der kerja pun ada (hihihihi...aku ler tu)

Semalam, settle satu perkara yang perlu saya buat, bayar yuran sekolah untuk anak daraku yang masuk darjah 4 next year. Cepat jer masa berlalu...... 


Next step, apa lagi ya...keperluan sekolah pulak. Hari2 anak daraku bertanya, bila nak beli...bila nak beli....sometimes rimas jugak, nampaknya kena beli jugak weekend ni.

Hari Selasa hari tu, saya pergi Plaza Alam Sentral, 1st time sampai u.... best jugaklah pergi sana, especially ada jual tudung cantik2..huk3x. Sambil2 tu menderma jugak untuk tabung Gaza. Kebetulan hari tu ada satu organization yang sedang buat kutipan untuk Palestine and ada show, so sempatlah tengok and snap a few picture.





Pada saya, good initiative dari rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestine. Alhamdulillah......
Harap2 ramai lagilah rakyat Malaysia untuk turut membantu mereka yang dalam kesusahan (dah mcm ayat ceramah pulak.....)


Salah satu initiatif dari anak terunaku tanda sokongan terhadap rakyat Palestine (padahal kena paksa tu....)

Sekian....ADIOS

5 Dec 2012

Sharing is Caring : Membina Kembali Kebahagiaan

Just share 1 tips yang membuatkan saya tertarik untuk dikongsikan bersama anda semua especially yang sudah berumahtangga dan bakal berumahtangga sebagai panduan (untuk saya juga).



Membina semula kebahagiaan rumah tangga yang tercalar dek kesilapan pasangan. Bak kata pepatah "Tutup buku lama dan mulakan buku baharu".
Rata-rata pasangan menerima pesanan tersebut dengan satu soalan: Bagaimana mahu mengembali kepercayaan pasangan sedangkan kesilapan pasangan sebelum ini masih jelas dalam ingatan?
Jawapannya hanya dua: Pertama, maafkan dengan ikhlas, kedua, kembali percaya.
Maafkan dengan ikhlas
Maaf merupakam perkara yang mudah disebut walau ramai juga yang payah melafazkannya. Persoalannya bukan payah atau mudah disebut, tetapi keikhlasan anda dalam memohon dan memberi maaf.
Ramai yang memohon maaf, tetapi tidak ramai yang berterus terang mengenai kesilapan yang perlu dimaafkan.
Ramai juga yang mengakui memberi maaf tetapi maaf yang diberi hanya dimulut, bukan lahir daripada hati.
Praktikkan untuk memberi maaf daripada hati yang ikhlas. Maafkan sepenuh hati. Jika anda mampu memberi maaf dengan ikhlas dan sepenuh hati, anda tidak akan rasai pedih, biar segala kisah lalu yang melukakan anda masih kekal dalam ingatan.
Kembali percaya
Kalau masih kekal dalam ingatan, bagaimana untuk kembali percaya?
Sebenarnya tidak perlu melupakan segala kisah lama yang membuatkan anda menderita.
Memang sukar melupakan setiap detik yang dilalui dalam kehidupan kita. Saat gembira, detik kecewa, pengalaman manis dan tragedi pahit akan tetap kekal dalam ingatan.
Ramai yang berusaha untuk melupakan cerita kecewa dan duka tetapi hampa. Ia tetap kekal malah bertambah segar.
Saya pernah kongsikan usaha anda untuk melupakan sesuatu sebenarnya akan membuatkan anda terus mengingati perkara tersebut.
Ingat lawannya lupa. Ia berpunca daripada satu sumber iaitu minda anda.
Anda tidak mungkin dapat melupakan dalam usaha melupakan kerana ia satu proses untuk menambah ingatan terhadap perkara tersebut.
Jalan terbaik ialah biarkan saja ingatan itu kekal. Apabila ia mengganggu emosi anda, segera ubah situasi, tukarkan fokus anda kepada perkara lain. Jangan dilayan ingatan tersebut.
Lupuskan bukti kenangan lama
Paling penting, buang segala bukti kenangan lama yang memedihkan. Mungkin gambar, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau apa sahaja.
Ingat, apabila anda bersedia untuk memulakan hidup baharu dengan pasangan anda, mulakan betul-betul bakar terus buku lama biar menjadi abu.
Masalah yang kerap dihadapi ialah ada tindakan tertentu yang dilalui bersama pasangan merupakan perkara yang mungkin membangkitkan luka lama.
Jika berdepan dengan situasi seperti ini, baliklah kepada peraturan pertama, maafkan dengan sepenuh hati. Perit memang diakui, tetapi berilah peluang kepada pasangan anda malah peluang buat diri anda sendiri.
Pasangan anda manusia, anda juga manusia yang masing-masing tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Cinta membuatkan manusia terpedaya, nafsu pula membuatkan manusia buta.
Siapa yang menyelamatkan bukan penentu hala tuju masa depannya, Allah masih memberinya peluang dan harapan.
Lantas, kenapa kita sesama manusia enggan memberikan peluang dan harapan yang sama? Hebatkah anda kerana tidak duduk dalam kasutnya, melakukan kesilapan yang pernah dilakukannya?
Jangan berbangga. Mereka yang berada di dalam penjara kerana kesalahan jenayah mungkin lebih baik daripada kita.
Sedarlah, mereka yang pernah melakukan kesilapan kemudian sedar mengenai kesilapan tersebut seterusnya insaf dan bertaubat lebih mulia berbanding mereka yang tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan dosa kepada Allah SWT tidak kiralah dosa kecil ataupun besar.
Mampukah wahai kaum Hawa untuk melupakan semuanya, itu bergantung kepada diri masing2 sebenarnya. Apa yang penting kita sudah berusaha untuk memberi yang terbaik dalam rumahtangga kita. 
Sumber: Kosmo

3 Dec 2012

Perempuan, biasalah suka shopping

Assalamualaikum....

Kalau sebut pasal shopping, dah tentu orang akan cakap "pompuan, biasalah suka shopping". Of course ma... nama pun pompuan (bahasa org sekarang, excelly perempuan...lol).

Lagipun kita support produk tempatan, siapa lagi nak beli kalau bukan kaum hawa ni.I thought ini first time Bonia n Sembonia buat sale at my office (bkn dalam office yer, tapi kat lobby). Lagipun kalau nak pergi KL tu, agak malas sedikit,so chance yg ada ni kita rembat lah mana yang termampu.


Antara gelagat2 pembeli - x kerja ker kak.... (aku pun sama...lol)


Kasut ni 1 of my klik yang beli - agak2 berapa yer, mmg tak percaya harga dia.


Yang ini pun cantik, harga sama seperti colour merah... murah gilerrr


Cantik tak my handbag - dapat rembat 1, ini jer yang termampu.

Sekian entry utk kali ini...Happy shopping gals.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...