»
asshaari.blogspot.com

21 Jan 2013

Ceramah Agama: Sham Kamikaze

Assalamualaikum dan Sobahul Khair

Wah, apa mimpi tiba2 cakap bahasa Arab ni. Bukannya apa, bahasa Arab ni kan Bahasa Syurga. Bila kita tahu sikit2 bahasa Arab ni, rasa seronok dan rasa ingin tahu lebih banyak lagi tentang Bahasa Arab ni (dah buang tabiat agaknya aku ni..hihihihi).

Sebenarnya, I bukan nak story pasal bahasa Arab, tapi nak story mory tentang ceramah malam tadi yang saya pergi. Kalau nak diikutkan ini bukanlah 1st time saya follow ceramah kat surau rumah saya ni, adalah juga...Alhamdulillah. Syukran dapat suami yang turut bersama2 dengan jemaah surau untuk memeriahkan lagi surau di Taman Mawar Salak Tinggi. Penghargaan juga kepada Ahli Majlis, Puan Robiah kalau tak silaplah, yang banyak menaja ceramah2 Agama di daerah Salak Tinggi.

Apa yang menariknya ceramah malam tadi, tak lain dan tak bukan, Sham Kamikaze (dah mcm nak announce artis buat show jer). Alhamdulillah...rasanya hampir 200 lebih orang yang hadir, target pun orang2 muda (tetiba aku perasan mcm orang muda). Tajuknya dah tentulah "Penghijrahan" beliau kan. Yang bagusnya, ada jenaka, so tak adalah crowd boring. 

Nak share sikitlah apa yang diceritakan oleh Sham ketika mula2 dia nak berhijrah ke arah yang lebih baik:

 Beliau mempunyai seorang kawan bernama Ari, kira BFF lah ni. Beliau dan Ari, sama2 minat dalam muzik,cumanya Ari lebih kepada Black Metal. Masing2 kalau jumpa tak pernah beri salam, ayatnya "mana bro". Itu jerlah ayat pertama yang keluar dari mulut mereka.One day tu, beliau call Ari, tiba2 Ari memberi salam, so beliau terkejut dan menyambut salam Ari. Kemudian Ari mengajak beliau pergi kerumahnya. Bila tiba waktu solat, Ari akan stop dan solat dulu. Beliau pun merasa hairan dengan perubahan Ari, sehinggalah ke waktu Maghrib, Ari akan solat bila tiba waktunya. Keesokan harinya, mereka hendak pergi ke Perlis, sepanjang perjalanan, mereka akan singgah untuk solat, pada ketika itu beliau memakai anting2 (rock lah kunun),bila tiba time solat, beliau akan solat dan akan menanggalkan anting2nya. Sehinggalah mereka tiba di masjid kat Perlis, kiranya stesen terakhir, di masjid itulah, beliau bertemu dengan Ulama yg sangat masyhur di dunia iaitu Dr. Yusof Al-Qaradhawi dan sempat bersalam dengan ulama tersebut. Dari situlah titik permulaan penghijrahan beliau....Alhamdulillah. Itulah kuasa Allah yang kita tak boleh nak jangka. Esok lusa, siapa pula yang akan dipilih OLEHNYA.....

Ada beberapa keping gambar yang sempat di snap.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...