»
asshaari.blogspot.com

25 Feb 2013

Sembang2 Bersama Diana Amir

Assalamualaikum.... Entry saya kali ini just nak sharing moment dengan u olls. Siapa tak kenal dengan Diana Amir kan, of coz ramai kenal, daripada seorang artis yang agak keterlaluan dalam berpakaian dan akhirnya telah berubah ke arah yang lebih baik. So, surau di tempat tinggal saya telah menjemput beliau untuk berbicara soal penghijrahan beliau (ukkww...kenapa ayat aku skema sangat ni). Surau tempat tinggal saya ini, agak aktif jugalah, sebelum ini ada invite Sham Kamikaze, sambutannya boleh tahan. Ramai gak anak2 muda dr kolej2 berdekatan yang datang, Alhamdulillah (saya ada masukkan dalam entry saya sblm ini kan). Masa Diana Amir ni pun, boleh tahan jugak ramainya, kita nak target anak2 muda jer. Tapi mak2 muda pun ramai yang datang. So, saya ada snap beberapa gambar untuk tatapan u ollss...

Seyes - mmg cantik dan nampak manis sgt (beliau tengah mengalunkan puisi yang direka sendiri

Nampak macam pemalu sikitlah..but still best masa dia speak...

Berqasidah oleh anak2 taman - bagus budak2 ni, johan peringkat daerah tuuu

Acara memotong kek oleh anak yatim-sempena besday diaorang...

Tengok u olss, mak2 budak pun sibuk ambil autograph ngan gambar...huuhuhu (termasuklah  I okey...I yg paling over, siap naik stage lagi....)

Sekian dulu entry saya kali ini, jumpa lagi di next entry yang lebih panasss...hik3x

4 Feb 2013

Karnival Krangkraf Shah Alam 2013

Assalamualaikum....

Hari ini nak story sikit tentang hari Karnival Krangkraf anjuran Kumpulan Media Karangkraf. Actually that day tak tahu pun nak pergi ke sana, saya ingatkan just nak hantar ayah mertua balik Taiping naik bas. My sis in law lah yang ajak pergi sana, Saya apa lagi, excited jugaklah nak pergi, kut2 dapat jumpa retis.... hik3x. Tapi hari tu cuaca agak panas jugaklah, nasib baik anak2 tak banyak ragam, cuma bapaknya banyak ragam (tak thn panas). 

Dalam panas2 tu, yang syoknya dpt jumpa blogger comei yang femes kat Mesia ni,  Yuyu Zulaikha dan juga model yang gojes Nurul  Ain . Selain tu, dapat bergambar atas motor abg polis (klu u oll tengok pic nanti, tayar motor tu rasanya lebih besar dari saya).

Kalau suruh bagi rating, saya nak bagi 9/10, kenapa 9? sebab panas...kui3x. Banyak jugaklah xtvt, selain tu ada jualan murah untuk novel, majalah, buku2, memang berbaloi lah. Ok, jom kita tengok gambar2 yg ohsem2 tu... 

Ada banyak gerai actually, tapi tak semua lah saya snap, pakaipun handphone jer....

Di depan ' signage ' Krangkraf  with my doter

Bergambar di dalam office Karangkraf

Di dalam khemah di mana buku2, magazine, novel2 dijual dengan harga murah

My doter tengah belek2 buku, dan saya tengah queue untuk bayar. ( 1 bakul jer yer)

Ha..... bergambar dgn abg2 mat terap, dan dapat naik motor abg polis (I mmg tak sesuai lah nak jd polis trafik, sbb tayar motor lebih besar dari I tau)

Tak sangka pulak, dalam panas2 tu, sempat singgah booth Hijabista, eh..eh... ada Yuyu Zulaikha dgn Nurul Ain.... so apa tunggu lagi...mai I nak bergambar dgn u ollss...ohsem sangat.


Sekian dulu, entry untuk kali ini, kalau ada event lagi dari Karangkraf, Insyaallah....boleh pergi lagi!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...