»
asshaari.blogspot.com

12 Feb 2012

Kelebihan Bunga Cengkih

  Rasanya yang tajam membuat rempah jenis ini sering dimanfaatkan di dlm hidangan.Ini kerana,penggunaan cengkih,rempah berbentuk kuncup bunga ini menguatkan aroma hidangan.Bukan itu sahaja,ia juga dpt dimanfaatkan bagi membantu mengatasi bbrapa masalah kesihatan.
  Kandungan zat eugenol yg terdpt diantara 70% hingga 80% di dlm bunga cengkih ini membantu menenangkan saraf gigi.Selain itu kandungan minyak atsiri di dalamnya juga membantu memperbaiki sistem pencernaan.Cengkih juga mempunyai fungsi anestetik,antimikrobial,stimuli,antiseptik serta bermanfaat membantu mengatasi sakit perut dan batuk.Panduan penggunaan cengkih untuk situasi berikut:
Sakit Gigi
  Ambil minyak cengkih dan titiskan pada kapas untuk disumbat atau diletakkan pd gigi yg sakit.Cara lain yg boleh digunakan adalah dgn menggoreng tanpa minyak 10 butir  cengkih sehingga hangus dan giling sehingga halus.Kemudian, masukkan serbuk cengkih yang digiling tadi ke dalam gigi berlubang dan tutup dgn kapas.
Senggugut
  Untuk mengatasinya,cuci dan potong 7 biji ketumbar,1 inci kunyit,1/2 biji buah pala dan 2 butir cengkih.Rebus dengan dua gelas air sehingga menjadi segelas.Tapis dan minum ketika ia masih hangat dan suam.
Masuk Angin
Bancuh 10 titis minyak cengkih dgn 1/2 air panas bersama 1 sudu makan madu.Bancuh sehingga sebati dan minum ketika ia masih hangat.Amalkan selama 2 hingga 3 kali sehari.
Memanaskan Tubuh
Cuci dan potong 1 inci halia,1 inci serai,5 butir cengkih,1/2 biji buah pala,1 inci kayu manis,4 helai daun limau purut,5 biji kemukus (lada berekor),gula kabung secukupnya.Tambahkan 5 gelas air dan rebus sehingga menjadi 3 gelas sahaja.Tapis dan minum ketika hangat.Amalkan 3 kali sehari.

Magazine Ana Muslim


Salam.....
Magazine Ana Muslim ini salah satu drpd magazine favorite Qistina. Bukan saja dia yang suka, aku pun suka coz cartoon Ana tu sgt comel. Magazine ini publish by Blue T-Publication Sdn. Bhd. Koleksi ini aku beli masa Book Fair di PWTC pada 4/2/2012. Tujuan aku beli ni pun bukannya apa, supaya Qistina rajin membaca. Bukan senang nak latih anak2 membaca ni, kdg2 tu aku naik risau jugak, yerlah bak kata orang "Membaca Jambatan Ilmu" kurang membaca, kuranglah ilmu yer....Kalau nak tengok online boleh layari website Ana muslim www.anamuslim.com.my. Banyak juga bacaan menarik di dalam buku Ana ni. Kalau ada yang belum tahu pasai magazine ni, pergilah ke kedai buku....sangat menarik dan kau memang de boom....sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...