»
asshaari.blogspot.com

2 Apr 2012

"Larian marathon rosakkan jantung"

Salam semua yg sudi baca blog aku....

Aku sebenarnya shock jugaklah baca news pepagi ni. Apa taknya, tajuk tu macam menakutkan. Tak semua orang tahu pasal ni kan... betul tak?? News ni aku ambil dari newspaper kosmo yg berbunyi :

" Sebelum ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung. Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal."

Walaupun aku bukan pelari marathon, cuma marathon dlm rumah saje, (asyik berkejar ngan anak aku, bukan marathon ker namanya..hehehe) aku sukelah nak share dengan kawan2. Ingatkan bersenam lagi bagus, tp kadang2 boleh menimbulkan masalah lain pulak. Tapi bila dengar macam ni, jgnlah pulak kita takut nak bersenam yer dak...kalau kita berpatah balik kepada papatah pepatung "Ajal maut di tangan Tuhan". Kalau nak sakit tu sakit jugak yer dak!!! Sekian dahulu dari saya untuk hari ini (mcm pembaca berita ler pulak!!).
        

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...