»
asshaari.blogspot.com

25 Jul 2012

Stop killing Muslim People

Assalamualaikum...

Kesian kan bila kita dengar pasal isu penghapusan etnik"Rohingya Muslim" di Arakan Myanmar yang dibunuh dengan kejam. Takkan hanya kerana mereka menganut Agama Islam, nasib mereka jadi begitu. Kanak2 dibunuh, perempuan Muslim dirogol (ini biasa terjadi kalau ada peperangan). 

Apa daya kita nak membantu umat Islam yang ditindas. Walaupun keadaan yang berlaku amatlah menyedihkan, tapi mereka tidak mampu berbuat apa2, hanya mengharapkan pertolongan dari Allah semoga ada orang2 yang akan datang membantu mereka. 

Sebenarnya ini adalah episod duka etnik Rohingya sejak dari dulu lagi yang tidak pernah bernokhtak. Di bawah ni saya masukkan sejarah "Orang Islam Rohingya" dr sumber pak Google


"Orang islam Rohingya pada asalnya adalah sebahagian penduduk pemerintahan beraja Mrauk-U di Arakan. Mereka terhimpit antara pemerintahan beraja di Burma yang mengamalkan agama Budha di sebelah timur, dengan raja-raja Moghul yang beragama islam di barat.Walaupun raja-raja Mrauk-U beragama Budha, namun orang-orang islam tetap memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran kerajaan mereka.

Pada tahun 1784, Raja Burma,Bodawpaya telah bertindak menakluki wilayah Arakan. Ini menyebabkan orang-orang islam, termasuk orang Rohingya menjadi pelarian di Chittagong Bangladesh dan ramai juga yang terus menetap di sana. Di bawah pemerintahan British pula, Burma ditadbir sebagai sebahagian daripada India.

Apabila Burma mencapai kemerdekaan pada 1948, hubungan negara itu dengan orang Rohingya semakin tegang, terutamanya apabila sekumpulan Muslim di Arakan cuba menyatukan Maungdaw dan Bthidaung bagi membentuk Pakistan Timur. Akibatnya, Rangoon menafikan hak kerakyatan kepada orang-orang Rohingya, dan mereka tidak dibenarkan menjadi tentera dan bekerja dalam perkhidmatan awam.

Menjelang tahun 1950, sesetengah orang Rohingya melancarkan pemberontakan bersenjata, tetapi dapat dipatahkan empat tahun kemudian. Setelah pihak tentera berkuasa di Burma pada tahun 1962, orang-orang Rohingya semakin teruk ditindas sehingga menyebabkan lebih 200,000 orang melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1978.

Pada tahun 1991-1992, lebih 250,000 orang lagi orang Rohingya menjadi pelarian di Bangladesh bagi mengelak dari menjadi buruh paksa, dirogol dan pembersihan etnik oleh pemerintah Burma.

Manakala orang-orang Rohingya yang terus tinggal di Burma dikatakan terus tertindas sehingga kini. Mereka masih tidak diberikan hak warganegara, anak-anak mereka pula hanya dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan hingga peringkat rendah sahaja, dan terpaksa menjadi buruh paksa."

Ada beberapa keping gambar pula yang menunjukkan kesengsaraan mereka: sumber pak google

Bayi dibakar - semoga Allah melaknat mereka yang melakukan ini

Apalah salah kanak2 ini --- kejam








** pagi tadi suami saya bagitahu dia ada lihat gambar di dalam facebook dimana ' seorang kanak2 diikat tangan dan dicampakkan ke sungai dihadapan ibu dan bapa kanak2 tersebut, sehingga kanak2 tersebut terkapai2 dan mati.....nauzubillah -- kejamnya, rasa nak menitiskan air mata.


23 Jul 2012

Ramadhan ke 4

Assalamualaikum....

Hari ini hari ke 4 kita berpuasa (menghitung hari,detik demi detik...mcm kanak2 dok bilang hari). Dalam fikiran ni tak derlah x sabar nak raya, bukan macam zaman kanak2 dulu. Zaman tu dah berlalu. Tapi lumrah manusia, kalau tiba ramadhan jer teringat kampung halaman. Mulalah rindu masakan ibulah, rindu berbuka dengan adik beradiklah. Kalau yang jenis adik beradik ramai lagi syiok. Terbayang riuh rendah semasa menyediakan juadah dan semasa makan. Lepas makan, masing2 diam.....dah kenyang...

Semalam baru 1st time aku pergi Bazaar Ramadhan Salak Tinggi utk tahun ini. Tempat pun dah berubah, tahun lepas buat di area Kosmopleks, tahun ni pulak buat kat Stadium Salak Tinggi. Nak kata kwsn strategik tak taulah....no komen.

Janji dapat beli juadah berbuka...sudaaaa...

Dah 2 malam aku tinggal Terawih ( x sempat, nak uruskan anak2 2 orang tu). Qistina mesti tidur jam 9.30 mlm, atau sebelum jam 10 malam, kalau tidak tentu dia susah nak bangun bersahur. Kasihan pulak tengok dia, masih dalam proses menyesuaikan diri (hendak seribu daya taknak seribu dalih..yer dakkkk)

Azam aku nak dapat full Terawih untuk Ramadhan kali ini, tapi nampaknya tak kesampaian. Terawih di rumah pun tak sempat, ini ada hati nak Terawih kat surau. Tapi kalau Terawih berjemaah pahala nya lagi besar. Tapi yang penting jangan tinggal Solat wajib. Kalau tinggal solat wajib, puasa pun tak guna, pahala tak dapat -- untuk peringatan diri aku sendiri.

Sekian dulu entry kali ini -- Selamat berbuka readers semua.....

22 Jul 2012

SHARING: Fadhilat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kepada pembaca semua...

Hari ini hari ke 3 kita berpuasa dan hari pertama berpuasa di office (ceh..mcmlah sebelum ni xpernah). Bila berpuasa di office jer, apa yang terlintas di benak fikiran kita tentulah nak balik awal dan pergi Bazaar Ramadhan. Betul tak!!!!

Setiap tahun kalau bulan Ramadhan aku jarang masak, hari minggu jer aku rajin sikit memasak, mulalah bukak balik buku resepi yang bertimbun2 kat rumah tu. Buku jer banyak, tapi bukan semua aku reti nak buat. Kalau aku rasa bahan2nya senang baru aku cuba. Kalau tidak, berhabuklah buku resepi tu.

Bila fikirkan balik, menyesal jugak tak belajar memasak dari kecil. Dulu2 'mak' seringkali menyuruh aku ke dapur, tapi aku malas (apa punya anak da....) munglin sebab aku anak bongsu agaknya, so macam mengada2lah sikit (humban ke sungai perak lagi bagus..kata mak aku...x aderlah). Tapi, sekarang ni bolehlah memasak (sedap x sedap, hubby aku mkn jer..hehehe), nak kata terror tu x derlah, tapi bolehlah. Cuma tak sehebat 'mak' aku lah. 'Mak' aku selalu cakap kat aku " tu lah, dulu malas nak belajar masak" - kalau bunyi org perak cakap lain sikit, nanti u olls x faham.

dah..dah...jgn cakap perak kat sini.

*********************************************************************************

Hari ini aku nak "share" sikit fadhilat bulan Ramadhan, silalah baca yer... :

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

20 Jul 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 2012

Assalamualaikum readers..

Selamat Berpuasa kepada rakan2 bloggers, semoga puasa kali ini kita akan mendapat keberkatan dariNya...

** Jika seluruh bulan adalah noda...
  Maka Ramadhan pemutihnya...
   Jika seluruh umur adalah dosa...
Maka taubat adalah obatnya...


18 Jul 2012

Kesian anak Mama

Assalamualaikum...

Hati aku ni rasa tak tenang memikirkan Qarnain muntah dan cirit birit lagi. Apa yang tak kena dengan anak mama pun x taulah. Pengasuhnya telefon bagitahu banyak kali dia cirit sampai meleleh kat kakinya. Muntah pun adalah beberapa kali sampai dah tak ada baju nak dipakai lagi. Kalau pergi klinik ni tak taulah ubat apa lagi yang doktor nak bagi. Dahlah ada satu ubat tu Qarnain tak boleh nak makan. Kalau makan jer dia akan muntah. Minum susu tak nak, makan pun sikit jer. Badan dia pun dah kurus. 


Sedihlah aku kalau memikirkan anak2 sakit. Mungkin inilah pengorbanan yang harus ditempuhi oleh setiap ibu bapa di dunia ini. Yang lebih teruk daripada ini pun lagi banyak seperti kanserlah, sakit jantunglah, cacat lah..Ya Allah...kalau difikirkan memang kasihan. Tapi apalah daya kita sebagai hambaNya, hanya mampu berdoa dan berusaha sedaya upaya demi anak. Doakanlah semoga Qarnain cepat sihat seperti sediakala, supaya dia aktif kembali... Mama sayang anak2 mama!!!

MAMA LOVE BOTH OF U

9 Jul 2012

Sukan...sukan...sukan...

Salam readers...

Rasanya hampir seminggu lebih aku tak hupdate blog aku ni. Rasa macam dah kusam and masam. Actually, badan aku pun tak berapa sihat. jgn demam sudahlah, kawad kena berlatih lagi ni. 

Agaknya bdn aku ni rasa x sedap sebab sibuk dengan latihan sukan. Lagi 3 hari jer Sukan Malaysia Airport. Rasa takut ada, seronok pun ada. Maklumlah, dah lama x join sukan besar macam ni. Last join masa sekolah menengah lah. Tak ada apa yg diharapkan sangat, cuma kalau boleh nak menanglah (hehehe..harapan besar ni). Kalau x menang Netball, bowling pun harap2 boleh rangkul hadiah. Amin.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...