»
asshaari.blogspot.com

27 Mar 2012

Haiwan Ternakan Tunduk apabila Dengar Bismillah

Salam semuanya...
Aku sebenarnya tertarik dengan video ini. Betapa besar dan agungnya kuasa Allah. Kita sebagai manusia pun malu bila tengok binatang yang kelihatan pasrah bila dengar kalimah Allah dr penyembelihnya. Betapa patuhnya mereka pada Tuhan.


Ummat ISLAM ketika menyembelih haiwan mereka wajib menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:



فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)
Dan Firman Allah lagi : 
وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)
Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM juga mengajar agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan haiwan yang mahu disembelih. Malah kita diminta berlaku lembut dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.
Semoga kita mendapat hidayah Dari-Nya...amin ya rabbal alamin...
video





1 sudah komen, anda bila lagi!:

[sutera kasih] said...

betul tu..kena guna pisau yg tajam supaya tak menyeksa haiwan yg nk disembelih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...