»
asshaari.blogspot.com

9 May 2012

Corat Coret di Event AERONITA yg ke 18


Assalamualaikum

Rasanya majlis ni dah lama berakhir,tapi baru nak meng-update (oh my english...). Lama dah nak update dlm blog ni, tapi macam tak ada masa, padahal, kerja tak derlah menimbun sangat (cmna aku bleh jd ala2 PA ni...). Takperlah, dah rezeki aku kan. Kalau ada peluang naklah naik cepat...hehehhehe.

Aeronita ni Adalah Kelab wanita yg bekerja dengan Malaysia Airport dan terbuka juga kepada isteri2 yg mana husband mereka kerja dengan Malaysia Airport (tp rasanya x der pun yg join). Setakat ini ahlinya dah melebihi 300 orang. Wow...banyaknya!!! Ok, x maulah cerita panjang, tengoklah gambar2 yang akan aku upload. Pinky gegirl...awesome.


Semua melaram dengan baju kaler pink, sebab temanya "PINK". Aku pun melaram gak, tp baju biasa2 ajerlah, takder yang glamer2. Tapi yang bestnya event ni ada lucky draw you, ada fashion show, tarian, mmg menarik. Tapi yang x menariknya, PANASSS...rasa macam nak sentenkan baju jer time tu, tapi malu plak, kena jaga kevoguegan, dahlah pakai baju kurung.


Ini antara makanan yang diambil oleh aku dan kawan2 ku. Makanan pun ok, ada bihun sup (yg ini mmg terbaek), rojak, keowteow, nasi minyak dan macam2 lagi. 


Ini antara gegirl yang sempat bergambar. We share 1 table. Antaranya, Irdahany, Mislina, Aleen, Naja, Mimy,K.Ila, K.Sal and K. Puteri. Semua Hot mama!!!! 


Ini antara gegirl yang ada luck hari tu. Best kan dia orang dapat hadiah. Aku pun dapat gak, dapat habuk hehehhehehe. K.ila dapat Chocolate, K.Sal dapat shawl, Mislina dapat holiday ke Pangkor, Naja dapat hp dan Irdahany dapat Handycamp (aku yg tolong ambilkan utk Ida, tumpang glamer naik stage). Tapi aku dapat jugak, Ida bagi aku mp3 (yang tak berfungsi sampai hari ini...hampeh tol). Tapi yang paling ohsem, kita orang yang share 1 table tu, semua dapat hadiah. Mmg best 3x.


Yang ini Aleen, birthday gegirl. Ahli yang birthday nya jatuh bulan April, semua dapat. Glamer jugak....


2nd Place Best Dress. Tahniah pada K.Puteri, baju dia sangatlah ohsem!!!



Ini Puan Seri Sherina Aris, Penaung Aeronita. Seronok gegirl2 ni dapat bergambar dengan Puan Seri, semua muka tak tahu malu...kih..kih..kih..


Ahli baru...budak yang sangat baik...org lain meraung panas, dia rileks jer...



Last sekali, aku nak bagitahu, inilah no x bertuah aku...huwaaaaaa... tahun depan cuba lagi yer. Insyaallah, tahun depan, rezeki aku pulak (ayat nak sedapkan hati).






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...