»
asshaari.blogspot.com

11 Apr 2013

B.E.R.J.I.M.B.A - Sunway Lost of World at Tambun

Assalamualaikum...

Kalau bab bercuti ke theme park dan bawak anak2 ni memang best, tapi yang penatnya mak bapak juga, yerlah...melayan kerenah mereka yang kadang2 naik pusing dibuatnya. Qistina mintak sangat nak pergi mandi kolam, so fikir punya fikir, pilihan kita orang kat sinilah. Ok, not bad. Kami ambil special offer lah, murah sikit. Dalam groupun ada, tapi masa saya nak order, dah habisss.... yang itu lagi murah. Tapi tak perlah, nasib baik ada duit lebih sikit. Bolehlah happykan mereka berdua.

Lepas kami bercuti ker Tambun, kami tidur semalam di rumah mak (mak mertua saya). Taiping dengan Ipoh bukan jauh sangat, so dapatlah tidur semalam, pas tu balik kl. Saya pun tak mau citer panjang2, c the picture ok.

Ini bilik hotel tempat kami menginap ( pic ni diambil masa kami nak balik, itu yg nmpk tak kemas sgt...hik3x)

Dalam water theme park tu, ada tempat makan, ada mainan air untuk kanak2 and macam2 lah, mainan untuk orang dewasa pun ada, ada Petting zoo (tapi x masuklah, Qistina tak berminat nak masuk), ada Amusement Park (buaian yang pusing2 tu), dan Hot springs and spa ( sekejap jer dapat masuk kat kolam air panas ni, sebab hujan)

Syoknya Qarnain mandi

Turtle besar pun ada, nasib baik batu jer, kalau real konpem I cabut dulu

Antara beberapa picture yang saya dapat snap, yang paling best kat Tube Riders - syok oooo. Adventure river pun ada, tapi agak penat sikitlah nak berjalan dalam air, penat menolak.

Picture ni, in front of Theme Park

Picture ni masa breakfast (include sekali dalam package). Selepas breakfast, kami checkout dalam pukul 11, awal sikitlah sebab nak pergi Taiping. Sayonara...c u again.

Saya tak ingat apa nama tempat ni, tapi saja singgah. Tak ada orang pun, kami je.

Yang ini pulak Burmese Pool di Taiping. Permintaan Qistina juga sebab dia tak puas mandi kolam kat Theme Park. Antara air terjun dengan laut, saya lebih prefer air terjun, sbb airnya bersih dan sejuk. Kalau laut ni airnya masin, tak suka sangat. Tapi kalau pergi juga, terpaksalah mandi.

Menyelerakan tak.... cendol yang paling terkenal di Taipng.

Yang ini kuey teow Doli mari, memang sedap, dan agak terkenal juga selain Mee Udang Mak Jah.

Yang ini pula Mee Rebus Ramly di Ipoh- pun agak terkenal juga. Kalau orang pergi Ipoh, mesti cari kedai ni.


Selamat Tinggal Perak tanah air ku...... 

Sekian dulu Entry kali ini..... jumpa lagi......

0 sudah komen, anda bila lagi!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...