»
asshaari.blogspot.com

3 Sept 2012

Riang Ria Raya 2012 - Entry bergambar

Assalamualaikum...

Selamat pagi kepada readers yang sudi mencoye-coye blog teman ni (bak kata org perak). Dah 2 minggu lebih kita raya kan. Kalau saya budak tecik mesti best time2 raya ni, yerlah, dapat kutip duit raya. Pastu duit tu bukan masuk tabung...dok perabih macam tu ja. 

Zaman la ni... kadang2 mak bapak yang lebih2 suruh anak2 pi kutip duit raya (saya adalah sikit2). Kalau mak bapak dah bg greenlight, budak2 apa lagi, kayuh basikal ataupun jalan kaki terkedek2 pi rumah orang. Bukannya nak makan sangat pun, janji dapat duit raya sudaaa....Ada setengah budak2 ni siap sound..bunyinyer macam ni.."rumah besar bagi 50 sen jer"...hehehheehe... takker kelakar budak2 zaman sekarang, demand tak ingat. Tapi...budak2lah katakan.

Kali ini turn saya beraya di Taiping. So, entry kali ini adalah beraya di Rumah Ibu Mertuaku. 


Ini adalah anak dara saya - Norul Qistina. Mamanya suka pakai shawl, dia pun sibuk nak pakai shawl juga. Ikutkan ajerlah...Bersiap2 sebelum ke surau untuk solat Hari Raya... tapi x pergi pun


Gambar di atas tu adalah bekas kuih raya yang di decorate oleh Ibu mertua ku. Beliau sangat kreatif dan pandai menjahit. Gambar di bawah pula selepas habis solat raya, biasanya setiap tahun ada jamuan, so terpaksalah pergi juga sebab dekat dengan rumah...depan rumah jer pun


Anak dara dan anak teruna ku - Norul Qarnain. Si kecik tu kalau bergambar suka buat memek muka...sabar jerlah.


Suami ku bersama kedua ibu dan bapanya. 


Gambar family abang ipar kedua dan juga gambar my sis in law - tudung oren


Aksi yang tidak ingin di lihat .... tukang nangkap gambar yang tak tahan nak tergelak.


It's me with my hubby and my little child - i love my family very much.


Berposing - wajib dalam kamus hidupku...hehheheh

Sekian dulu entry bergambar kali ini. Nanti nak hupdate family sebelah saya pulak. Baru adil dan saksama. SELAMAT HARI RAYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...