»
asshaari.blogspot.com

7 May 2012

BARAN OH BARAN

"KANGAR: Seorang bapa sanggup menetak dan melibas dua anak lelakinya berusia dua dan empat tahun sehingga parah menggunakan pisau dan getah paip semata-mata mahu melepaskan geram selepas bertengkar dan membelasah isterinya di rumah mereka di Taman Padang Katong, di sini.
Dalam kejadian jam 2 petang, Khamis lalu, lelaki terbabit yang berusia 40-an pada mulanya bertengkar dengan isterinya yang berusia 39 tahun sebelum dia hilang pertimbangan lalu membelasah wanita itu.

Difahamkan, isteri terbabit dan dua anaknya banyak kali menjadi mangsa belasahan suspek yang panas baran, namun dalam kejadian Khamis lalu, sikap barannya itu keterlaluan apabila tergamak menetak dua anaknya menggunakan belakang pisau serta melibas mereka dengan getah paip sehingga parah.


Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, selepas memukul isterinya, suspek mencapai pisau di dapur rumahnya lalu menetak kedua-dua anaknya pula menggunakan belakang senjata itu."


YA ALLAH, kenapalah ada manusia sekejam ini wujud di muka bumi ini. Terkedu aku baca harian metro hari ini. Mula2 aku baca pasal perceraian Jimmy Shanley dengan isterinya yang tak berkesudahan, masing2 membuka aib sendiri. Masa nak kawin tak pikir semua tu. Lepas tu aku terbaca berita ini. Apalah dosa anak2 itu...wahai manusia yang kejam.


Wahai manusia yang PANAS BARAN, hentikanlah sikap anda. Banyakkanlah berzikir dengan menyebut nama ALLAH dan solat, semoga diri anda akan sentiasa dilindungi olehNya. Sikap PANAS BARAN ni bukannya penyakit keturunan, malah kalau anda nak membuang sikap itu, boleh, itu semua bergantung pada diri anda sendiri. SAYANGILAH KELUARGA ANDA DAN NYAWA ANDA SENDIRI........

Rasulullah S.A.W bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api,sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud)


2 sudah komen, anda bila lagi!:

Irhany Mohamad Nor said...

Orang yang panas baran ini suka bertindak mengikut nafsu amarahnya..Ada cara untuk mengatasi sifat marah dan panas baran ini. Antara yg diajar dalam islam :
- mengawal lidah iaitu dengan berdiam diri
- mengubah posisi kedudukan anda apabila marah
- mengambil wuduk apabila marah.
- Memperbanyakkan istighfar serta membaca al-Quran.

As Shaari said...

Tak ada org yang memperaktikkan benda ni..tu sebab jd macam tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...