»
asshaari.blogspot.com

15 Apr 2012

Wang kertas baru edar JULAI !!!

Macam tajuk berita pulak. Aku terbaca satu news tentang wang kertas baru yang akan dikeluarkan bulan July nanti. Part yang paling best, masa hari Raya nanti, budak2 dah tentu seronok dapat duit baru. Yang peritnya ibu bapalah..(akulah tu..) nak keluarkan duit nanti. Tapi takperlah setahun sekali. Anak2 aku pun dapat jugak duit kan. Jangan segan2 nak hulurkan duit raya kat anak aku nanti yer. Antara petikan news tersebut :


" BANK Negara Malaysia (BNM) sudah membuat persediaan bagi edaran wang kertas Malaysia siri baru mulai 16 Julai depan yang bertemakan Keunikan Malaysia terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

“Wang kertas RM50 dalam siri ini sudah berada dalam edaran sejak Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. BNM berkata, dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lalu untuk memudahkan peralihan yang lancar. BNM turut menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai."

Inilah antara wang kertas dan duit syiling yang bakal dikeluarkan...best..best...

2 sudah komen, anda bila lagi!:

Irhany Mohamad Nor said...

aku pun nak yg purple tau...

As Shaari said...

mintak kat bank...huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...