»
asshaari.blogspot.com

16 Apr 2012

Proton Preve...Cantikke???

Malam tadi adalah malam pelancaran model terbaru proton iaitu Proton Preve. Maksud Preve ialah dari perkataan Inggeris ‘to prove’ bermaksud ‘mahu membuktikan’; bertujuan untuk buktikan kepada rakyat di Malaysia bahawa Proton juga mampu mengeluarkan kereta mengikut piawaian dan standard global tertinggi dan juga bukti mereka mahu berusaha bersaing di pasaran luar negara. 

Aku dulu pun pernah pakai kereta Malaysia, member2 aku pun ramai yang pakai, tapi baru pakai setahun dah timbul macam2 masalah. So, dengan terciptanya kereta ini, adakah ia mampu bersaing dengan kereta dari luar...harap2 macam tu lah...bukannya apa, asyik kena tipu jer rakyat Malaysia ni kan...Apa2 pun, kita tetap sokong produk dr Negara kita sendiri....

Harga Proton Preve: 

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)
RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
RM 59,540.00 / Solid (OTR)
2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)
RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
RM 62,540.00 / Solid (OTR)
3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)
RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
RM 72,540.00 / Solid (OTR)


Macam menarik jer, tapi tak mungkin aku membelinya!!!!

0 sudah komen, anda bila lagi!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...