»
asshaari.blogspot.com

23 Apr 2012

Sanggup ker makan ??

Roti berbentuk buaya, andakah anda sanggup makan roti ni. Rasanya macammana pula, rasa buaya?? Erkkk...tak sanggup mak nak mkn...




Kredit to Giler Kentang ....



20 Apr 2012

Sedapnya...KRUSHERS!!!!!

Kalaulah tengah2 letih dan panas, lepas tu kita pekena "Krushers" dr KFC ni..mmg marvellous.

Ada macam2 flavour, tapi aku suka yang ini (Blueberry).


19 Apr 2012

HIJABISTA..memang Awesome!!!!

Salam semua...

Majalah "Hijabista" edisi pengenalan ini aku beli di tempat kerja aku. Pernah nampak kat internet, tapi belum berkesempatan nak beli. Tiba2 hati terdetik nak grab satu, sebab promosinya boleh tahan. Tajuk dia pun dah menarikkan, lagipun magazine ni dikhususkan untuk "Si Fashionista Bertudung". Aku pun memang sukakan fesyen, so aku pun belilah. Bukannya mahal sangat pun, RM10 jer.

Isi2 yang ada di dalamnya: (aku guna kamera hp jer, tak cantik sgt gambar, jadilah...)

Model : Diana Amir (makin cantik dia kan)






Antara model2 yang menggayakan 
busana dan tudung. Cantik2 model ni,     
 kalau aku masih muda, tentu aku
 jd model....(perasan).



Selain itu terdapat juga artikel mengenai penjagaan tudung, supaya tudung kita tidak rosak
dan luntur. Dan juga tip penjagaan rambut.

Ada juga artikel cara pemakaian tudung yang nampak "Glamor" ataupun Tip Hijabista. Juga Soal Jawab Fesyen. Ish...macam2 lagilah, kalau aku nak cerita semua, mmg tak habis 7 hari, 7 malam.

Yang bestnya, rasanya tak semua orang tahu, iaitu 6 Fakta Saintifik Kelebihan Berhijab. Nak tau kena belilah...he3x.


Bila Diana Amir berfesyen. Sekarang ni beliau menjadi ikon fashionista yang berhijab. 


NANANO Collection.  Website :nananoboutique.blogspot.com


Gaya si Hijabista


Artikel tentang sepatu pun ada. Kalau aku pakai sepatu  6 inci ni, konfem aku makin tinggi. X larat lah aku nak pakai tinggi2 ni...

Jadi...apa tunggu lagi. grablah 1. Nak pinjam dari aku pun boleh!!! he3x...






17 Apr 2012

Jumpa Kawan Lama!!

Salam...

Hari ini aku lunch dengan kawan lama yang dh sebulan lebih terpisah...he3x. Ayat sgtlah tak thn dengar. Dah lama tak jumpa, macam2 story mory yang keluar. Kali ni kami makan Nasi Arab, zaman la ni mmg orang suka makan Nasi Arab , tu sebab Kedai Nasi Arab bersepah2 di Malaysia ni.


Menu - Pilihan makanan dan minuman


Nasi Arab Ayam - ada Sup Kambing, sambal tomato dan yg putih tu lupe lah..(mmg sedap)


Inilah kawan lama aku...he3x (sebelah kiri Jamal, sebelah kanan pula E. jafriden)



Insyaallah, kalau panjang umur kita makan2 lagi ok....





Tun Mahathir menjalani pembedahan kecil

Selamat pagi semua,

Harap2 pagi ni ceria selalu hendaknya. This morning aku terbaca satu news pasal bekas PM kita iaitu, Tun Mahathir Mohamad menjalani pembedahan kecil pada hidungnya bg mengeluarkan polip. Apa itu Polip??? Aku pun search lah dalam internet. So maksud Polip:

" Polip hidung merepakan salah satu jenis penyakit hidung, telinga dan tengkorak (THT) yg sudah umum kita dengar di masyarakat. Certain people call tumbuh daging dalam hidung.  Sebahagiannya menyebut tumor hidung. Tetapi ia sebenarnya adalah suatu pertumbuhan dari selaput lendir hidung yang bersifat jinak."

Begitulah, kalau dah tua2 ni, macam2 penyakit pun mula timbul. Apa2 pun kita doakan semoga Tun Mahathir cepat sembuh.

Suke..Suki...

Mmg best betul edit2 pic guna Photovisi ni. Terima kasihlah pada    kerana menunjukkan kat Mak Jemah website ni.

Dahlah Pizap kena block..dengki kan manusia tu, Pizap pun nak block, block Mukabuku dah lah.

Sekarang ni pun mak Jemah tengah rileks2 lagi, Boss pun macam tak nak bagi jer kerja kat aku, takpalah....janji Mak bahagia...he3x.

Nantilah, aku akan jadi busy body...yang tak berapa nak busy ni....

Ha....this is the picture yang aku telah edit..suke mak....








16 Apr 2012

Proton Preve...Cantikke???

Malam tadi adalah malam pelancaran model terbaru proton iaitu Proton Preve. Maksud Preve ialah dari perkataan Inggeris ‘to prove’ bermaksud ‘mahu membuktikan’; bertujuan untuk buktikan kepada rakyat di Malaysia bahawa Proton juga mampu mengeluarkan kereta mengikut piawaian dan standard global tertinggi dan juga bukti mereka mahu berusaha bersaing di pasaran luar negara. 

Aku dulu pun pernah pakai kereta Malaysia, member2 aku pun ramai yang pakai, tapi baru pakai setahun dah timbul macam2 masalah. So, dengan terciptanya kereta ini, adakah ia mampu bersaing dengan kereta dari luar...harap2 macam tu lah...bukannya apa, asyik kena tipu jer rakyat Malaysia ni kan...Apa2 pun, kita tetap sokong produk dr Negara kita sendiri....

Harga Proton Preve: 

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)
RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
RM 59,540.00 / Solid (OTR)
2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)
RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
RM 62,540.00 / Solid (OTR)
3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)
RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
RM 72,540.00 / Solid (OTR)


Macam menarik jer, tapi tak mungkin aku membelinya!!!!

Bila AKU Berbicara...!!

Salam...

Kali ini aku nak story mory tentang rona-roni kehidupan alam rumahtangga. Di kala kita mengecapi kebahagian bersama orang yang kita sayang, tapi ada insan lain yang sedang menderita ketika ini. Dalam Islam, aspek kekeluargaan tu menyumbang kepada keharmonian diri, keluarga dan masyarakat hinggalah negara. Bahagia institusi keluarga sejahtera lah negara. Perkahwinan sepatutnya lebih bermakna kerana terjadinya penyatuan 2 hati. Tak kisahlah betapa jahatnya kita semasa bujang, tetapi sesudah menempuh alam rumahtanngga kita akan lebih jadi bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Begitulah sepatutnya...

Tapi..Semenjak dua menjak ini, aku sering dikejutkan dengan berita si polan ini bercerai, si polan itu pun bercerai. Adakah institusi kekeluargaan sudah semakin teruk. Apakah punca sebenarnya?? Masa bercinta bagai  nak rak lautan api sanggup di renangi. Tapi kenapa apabila dah kawin, ajak mandi laut pun x nak, semua serba tak kena.

Aku rasa banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya perceraian. Aku pun tidaklah pandai sangat dalam bab ini, cuma aku dapat pengajaran dr orang sekelilling aku. Antaranya, main kayu tiga, suami/isteri panas baran (tp rasanya lelaki lebih lagi panas barannya) tak menghormati antara satu sama lain, menghina pasangan, faktor kewangan pun memungkinkan percerain, x pandai menjaga hati pasangan, asyik bertengkar tanpa ada batasan, kurang memafkan pasangan sekiranya terjadi pergaduhan, merajuk yang berpanjangan, kurang mengambil berat sekiranya suami/isteri sakit, maki hamun pasangan, mendera isteri/suami atau anak, ishh...rasanya terlalu bnyklah kalau nak di list outkan.(inggeris x betul sungguh)

Bila perkara ini terjadi, ramai yang semakin takut untuk berkahwin. Walhal, perkahwinan itu satu keperluan dan digalakkan dalam Islam. Walaupun Allah telah mensyariatkan pelbagai hukum dan adab perkahwinan tetapi sebenarnya ramai yang tidak mematuhinya. Kenapa boleh terjadinya perkara ini? cetek agama, kurang pendidikan, sekolah pun takat SRP ,SPM, atau memang dah tertulis begitu qado dan qadar Tuhan pada manusia.Tapi kalau berbalik pada Firman Allah "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Oleh itu, kepada mereka yang bakal berkahwin hati2lah dalam memilih pasangan dan bersabarlah dalam melayari bahtera perkahwinan. Kerana dugaan di alam ini lebih besar dan sekiranya kita gagal, jangan putus asa, mungkin Allah hendak menguji kita. Tapi seboleh-bolehnya selamatkanlah alam perkahwinan dari terus hancur dan sekiranya perkahwinan itu tidak dapat diteruskan bnykkan berdoa, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuh hidup yang mendatang......

Ikhlas from As $haari



15 Apr 2012

Wang kertas baru edar JULAI !!!

Macam tajuk berita pulak. Aku terbaca satu news tentang wang kertas baru yang akan dikeluarkan bulan July nanti. Part yang paling best, masa hari Raya nanti, budak2 dah tentu seronok dapat duit baru. Yang peritnya ibu bapalah..(akulah tu..) nak keluarkan duit nanti. Tapi takperlah setahun sekali. Anak2 aku pun dapat jugak duit kan. Jangan segan2 nak hulurkan duit raya kat anak aku nanti yer. Antara petikan news tersebut :


" BANK Negara Malaysia (BNM) sudah membuat persediaan bagi edaran wang kertas Malaysia siri baru mulai 16 Julai depan yang bertemakan Keunikan Malaysia terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

“Wang kertas RM50 dalam siri ini sudah berada dalam edaran sejak Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. BNM berkata, dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lalu untuk memudahkan peralihan yang lancar. BNM turut menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai."

Inilah antara wang kertas dan duit syiling yang bakal dikeluarkan...best..best...

Makan Lagi!!!!

Salam saudara saudari cik kebom cikebom

Jumaat lepas aku dengan BFF aku pergi makan tengahari di tempat yang sama, tapi kali ini menu berbeza. Memang menarik tertarik kau mmg de boom. Bos kedai ni patutnya bagi diskaun pada kami bertiga ni..sbb asyik2 muka hangpa ja kan..x da muka lain ka...hehhehehe. Lagi pun, salah sorang BFF aku akan cuti sebulan. So... nanti lamalah tak jumpa dia. Nanti kalau dia dah masuk kerja balik, kena buat reunion lah pulak.So, antara menu2 yang kami cuba di sana...memang menarik sesangat.....


Tengok no 131...Air I Love You....hahhahaaha, mmg terkejut gorila hari tu....


Yang kiri sekali tu lah Air I Love You. Pas tu Air Tea and Apple Juice


Nasi Goreng Chiang Mai and Nasi Goreng Nenas


Yang ini aku punya....Nasi Goreng Berempah dan Telur Dadar


Jangan marah haaa......

p/s: Sekian dulu coretan aku untuk hari ini, terima kasih kerana sudi membacanya.....!!!!





10 Apr 2012

Jalan-jalan Cari Makan versi As $haari

Assalamulaikum...

"Durian Runtuh" especially kepada semua staff MAB...hahaha, kami dapat bonus. Selalunya bonus bagi hujung tahunkan, tapi MAB ni lain pulak...bagi kira2 1/3 tahun. Never mind lah janji dapat. Dapat jer bonus pagi tu, pada 7/4/12, aku pun plan lah nak outing with my family. Ingat aku nak cari hp baru dan beli baju untuk anak2 aku. Tapi... tak berhasil semaian aku hari tu, sbb Qarnain banyak songeh sbb tak cukup tidur. Sempat beli pakaian dia orang ja. Tapi habis jugaklah RM350. Then, kami pergi makan kat PAPARICH di Bangi. Then baru kami pergi menuju ke Mines. Beli Control Car and Y-Pad utk Qarnain.

Nah, inilah gambar2 masa makan kat sana!!!!


Sempat snap buku Menu dia...wajib ambik gambar


Air barli cincau dengan Ice Lemon Tea - lagi sedap Ice Lemon Tea tu...


Mee Kari - boleh bagi 2 bintang jer kut...


Nasi Ayam - tak tau nk bg berapa bintang sbb my hubby yg makan...


Maggi - berapa bintang nk bagi...0 bintang kut...



Kalau tak berposing masa makan memang tak sah.. "propaganza sangattt"



My daughter - Norul Qistina


My Hubby sedang tengok Qarnain main Angry bird - nape x dr gambar Qarnain yerk...adess

P/S: Makanan yang di masak oleh mak kita jugak yang TERBAEKKKK!!!


A Thousand Years by Christina Perri

Ohsem!!! the song yang sangat2 ohsem, banyak kali aku dengar lagu ni, memang tak jemu and the lyrics very d touch my heart... Kalau u all dengar pun mesti tertouching punya!!! ^_^


Heartbeats fast

Colors and promises

How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you

For a thousand years

I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more
One step closer
One step closer
I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more
And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more


p/s: ye ker boleh hidup seribu tahun... ish..lagu jer kan, bukan ada apa2 pun




4 Apr 2012

Kanak-kanak hilang lagi!!!

Apa nak jadilah dunia sekarang ni, macam2 kejadian yang pelik berlaku. Ada yang buang anak, ada yang bunuh anak, bunuh emak, bunuh bapak dan macam2 lagilah. Dengar pun ngeri jer kan. Kalau aku, bunuh lipas bolehlah....sbb lipas musuh ketat aku : ) 

Terbaru ni aku dapat email tentang budak hilang, kesian kan mak bapak kanak2 yg hilang itu, mcmmanalah perasan mereka. Aku pun ada anak, so aku tak dpt bayangkan perit jer derita mereka. Oklah... kalau sesiapa yang menerjah blog Mak Jemah ni..hehehehe..dan pernah ternampak kanak2 ni...sila2lah report cepat yer :)










2 Apr 2012

"Larian marathon rosakkan jantung"

Salam semua yg sudi baca blog aku....

Aku sebenarnya shock jugaklah baca news pepagi ni. Apa taknya, tajuk tu macam menakutkan. Tak semua orang tahu pasal ni kan... betul tak?? News ni aku ambil dari newspaper kosmo yg berbunyi :

" Sebelum ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung. Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal."

Walaupun aku bukan pelari marathon, cuma marathon dlm rumah saje, (asyik berkejar ngan anak aku, bukan marathon ker namanya..hehehe) aku sukelah nak share dengan kawan2. Ingatkan bersenam lagi bagus, tp kadang2 boleh menimbulkan masalah lain pulak. Tapi bila dengar macam ni, jgnlah pulak kita takut nak bersenam yer dak...kalau kita berpatah balik kepada papatah pepatung "Ajal maut di tangan Tuhan". Kalau nak sakit tu sakit jugak yer dak!!! Sekian dahulu dari saya untuk hari ini (mcm pembaca berita ler pulak!!).
        

1 Apr 2012

Euro Fun Fair 2012

Malam minggu baru2 ni aku bawaklah anak2 aku pergi Euro Fun Fair di Tesco Nilai. Nampak macam bestlah sebab ada "Euro Wheel", "Sky Rider","Chalenger" dan macam2 lagi. Tempat2 macam ni yang paling seronok dan happy of courselah anak2 kan. Mak bapak tukang tengok jer lah. 


Nak masuk dah kena bayar, nak main satu2 permainan pun kena bayar, tapi pakai kuponlah. Memang pokai jugaklah masuk fun fair ni, mahal bebeno. Nak masuk, dewasa RM4, kanak2 RM2. Lepas tu setiap permainan paling busuk pun 3 kupon, 1 kupon RM2,jadi kalau 3 kupon sah2 RM6, takke mahai namanya. Tapi apa nak buat.... pasrah jerlah, demi anak2 happy... (ayat klisye..heheheh). 

Bukan jer anak2 aku main, aku pun main sekali tau...tapi aku naik 'Sky Rider'. Bila turun jer dari tempat tu, kepala aku rasa berpusing, nak muntah pun ada. Dah tak sesuai agaknya aku nak main tempat2 macam ni...(yelah, mak jemah sedar diri dah meningkat usia...huwaaaa.....)


Macam kanak2 ribena jer aku duduk atas ni...Inilah Sky Rider...rasa melayang jer bdn...


Qarnain biasalah, balik2 dia main kereta, minat bebeno anak mama ni dengan kereta. 2 kali dia ulang main kereta tu. Dan lagi satu dia suka naik 'Carousel'. Qistina pulak main permainan yang sesuai dengan umur dia lah, nak naik Sky Rider aku tak bagi, takut dia menangis pula. Tapi yang aku gelihati, Qistina boleh menangis main 'Dodgem Cars'. Mana taknya, kena langgar dengan orang, pastu kepala dia terhantuk pada seat, itu yang menangis tu. Last2 kami balik sebab dah hampir pukul 12 malam. 

Lagi beberapa keping gambar semasa berada di sana.... Tapi mmg bestlah, rugi tak pergi!!!!






P/S: Jangan lupa kepada sesiapa yang duduk area Nilai dan Sepang, bawak duit lebih2, kalau sikit sangat takut x cukup. ENJOY!!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...